in

Lelaki ‘Sado’ Tumbuk, Cekik & Korek Biji Mata Teman Wanita Sebab Like FB Post Orang Lain

Daniel Bridges

Tanpa kita sangka, sebenarnya ramai sangat wanita di luar sana yang menjadi mangsa penderaan dan kekejaman orang yang mereka sayang.

Macam seorang wanita ni yang menjadi mangsa dera teman lelaki dia dari Kent, England walaupun hanya kerana sebab yang remeh. Menurut Extra, wanita tersebut pernah dibelasah teman lelakinya, Daniel Bridges, 35, sebelum ini pada April 2018.

Namun, serangan yang kedua sangat teruk sehinggakan Daniel yang juga merupakan bodybuilder itu dijatuhkan hukuman penjara kerana menyerang teman wanitanya. Daniel dikatakan telah naik angin hanya kerana teman wanita dia like Facebook post orang lain.

Daniel4
sumber: kent online

Daniel telah mengamuk dan bertindak menendang, memaksa wanita itu melutut dan mencekiknya. Bukan itu sahaja, menurut Mirror, dia cuba untuk korek biji mata kekasihnya menyebabkan mata wanita itu mempunyai kesan lebam berwarna hitam. Malah, menurut The Sun, teman wanitanya mengandung ketika diperlakukan sebegitu.

Dia tengking saya sebab like Facebook post orang lain. Dia buka mata saya dan masukkan anak jari ke dalam. Sakit sangat sampai saya sangka biji mata saya akan terkeluar.”

Daniel1
sumber: extra

Bukan tu je, lepas dah teruk wanita tu dia dera, Daniel kurung kekasihnya tu di flat dia dari 31 Oktober sampai 2 November 2018. Tapi, nasib baik wanita itu dapat contact kawan dia dan minta tolong.

Kawannya kemudian hubungi pihak polis dan serbuan dilakukan dekat flat tersebut. Daniel bagaimanapun berkeras taknak buka pintu menyebabkan pihak polis terpaksa rempuh masuk. Selepas ditahan dan dibicarakan, Daniel akhirnya dijatuhkan hukuman 9 tahun penjara kerana didapati bersalah menyerang teman wanitanya dan beberapa kesalahan lain sebelum ini.

Kalau anda menjadi mangsa penderaan boyfriend macam ni, jangan takut untuk buat laporan polis. Tak payah sayang orang macam ni, biar dia kena tangkap!

Baca: Lelaki Kurung & Seksa Kekasih Dengan Sepak Perut & Minum Pencuci Baju Untuk Gugurkan Kandungan

Collage 6