in

Lelaki Pantai Timur Ini Kongsi Barang Yang Boleh Mudahkan Proses Bersihkan Rumah Lepas Banjir

Fi Tips

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian banjir kali ini, dapat kita lihat kebanyakan pengguna laman sosial menggunakan akaun masing-masing dengan sebaiknya. Walaupun tak berupaya nak turun padang bantu mangsa-mangsa banjir, tetapi semua berusaha bantu apa yang patut dari segi kewangan mahupun sebarkan perkongsian macam tips abang ni.


Bagi mereka yang pertama kali menghadapi bencana banjir ini, jangan risau…ini ada perkongsian barang-barang yang korang boleh guna untuk bersihkan rumah lepas banjir surut.

Perkongsian ini telah pun dimuat naik oleh seorang lelaki yang berasal dari negeri pantai timur, negeri yang boleh dikatakan setiap tahun perlu berdepan dengan isu banjir ini.

Melalui thread daripada @jodie ini, dia telah kongsikan 7 barang yang boleh digunakan untuk memudahkan proses bersihkan kawasan rumah selepas banjir.

Water Jet

 

47E0953Bc8F0F61B3D06F0779B7C10B8

Water jet dikatakan alat yang paling penting dan paling berguna untuk bersihkan rumah selepas banjir. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga semasa bersihkan lumpur yang melekat di perabot mahupun di lantai dan dinding rumah. Jadi, tak payah lah nak susah-susah sental dinding dan lantai lagi.

Penyodok Air

Fhbo1Lpucaa Gdz

Penyodok air ni penting untuk memudahkan kita tarik air semasa proses pembersihan berlaku. So, tak payah lah kita tunggu lama-lama sampai air kering.

Sarung Tangan

Atg Maciflex Ultimate Foam Nitrile Palm Coated Glove

Ini penting ya! Semasa proses pembersihan, keselamatan diri adalah perlu diutamakan. Kalau kita pakai sarung tangan, kita dapat elakkan daripada tangan melecet dan juga jangkitan kuman akibat terlalu lama terdedah dengan air banjir yang kotor.

But

Unnamed 1

Pemakaian but juga sama pentingnya dengan sarung tangan. Kita tak tahu apa yang ada di dalam air banjir. Mungkin ada binatang berbisa ataupun benda tajam. Jadi, penggunaan but adalah amat disyorkan ya…

Beg Plastik (Heavy Duty)

81D70B0817F3B219F377F1Ff545Add8D

Ini satu lagi benda penting yang perlu ada. Pastikan beg plastik yang korang guna tu heavy duty tau, baru lah tak cepat koyak!

Pasir Kucing

83378881 782278658941690 8836441985096089600 N

Rupa-rupanya, pasir kucing ni dapat membantu untuk serap bau lumpur! Korang cuma perlu buka plastik dan biarkan je ia serap bau tu.

Pewangi Rumah

163232

Selepas banjir berlaku, bau yang busuk kesan air kotor dan lumpur akan mengambil masa yang agak lama nak hilang. Jadi, korang dinasihatkan guna pewangi rumah dan buka semua tingkap supaya bau busuk tersebut tak terperap dalam rumah korang.

Namun sebelum menggunakan barang-barang tersebut, Jodie mengingatkan supaya mengocakkan air banjir dahulu untuk membuang lumpur. Barang-barang rumah juga perlu dibasuh banyak kali untuk menghilangkan bau busuk. Selepas itu, keringkan dan barulah sembur guna water jet.

Semua tu sangatlah berguna dan membantu mangsa-mangsa yang terlibat tau! Semoga kita semua akan terus bantu antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit mahupun agama. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?

Baca: Risau Mesin Basuh & Peti Sejuk Rosak Bila Banjir Berlaku? Ikuti Tips Ini

Fi Banjir 1

Sumber: Shopee
Sumber: Twitter
Sumber: Lazada
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.