in

Risau Mesin Basuh & Peti Sejuk Rosak Bila Banjir Berlaku? Ikuti Tips Ini…

Fi Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas merupakan dua hari yang panjang bagi penduduk di sekitar negeri Selangor dan Melaka. Hujan yang berterusan sehingga menyebabkan banjir teruk berlaku telah pun melanda kedua-dua negeri tersebut.


Mesti ramai dalam kalangan kita yang tak sangka bencana yang berlaku akan seteruk ini kan? Ramai juga yang tak ready dari segi mental dan fizikal untuk hadapi banjir ini. Banyak nak kena fikir, kelengkapan diri, bantuan asas, dokumen penting, perabot-perabot dalam rumah dan yang paling penting perkakas elektrik. Confirm ramai yang risau!

Selama ini, antara perkara yang paling kita risau ketika banjir ialah perkakas elektrik terutamanya mesin basuh dan peti sejuk. Ramai antara kita yang akan kelam kabut nak angkat mesin basuh dan peti sejuk masing-masing ke tempat yang selamat. Jadi, satu perkongsian di laman Twitter ini sangatlah berguna untuk kita semua apabila menghadapi banjir yang berkaitan dengan perkakas elektrik.

Perkongsian daripada @Pelabur_Bijak ini sangat lah berguna kerana rupa-rupanya kita tak perlu pun nak angkat mesin basuh dan peti sejuk ketika berlaku banjir!

Menurut thread tersebut, perkara utama yang perlu dilakukan ialah tutup suis utama rumah dahulu. Jangan sentuh suis dengan tangan yang basah! Sebaiknya tutup suis menggunakan penebat seperti batang plastik dan elakkan berdiri di dalam air ketika menutup suis tersebut.

Banjir dah surut, boleh lah basuh!

Apabila banjir dah surut, mesin basuh dan peti sejuk yang ditinggalkan itu boleh dicuci dan di buang lumpur dengan menggunakan berus cat dan kain basah. Kemudian, keringkan dengan pengering rambut & produk water displacing spray seperti WD-40 untuk halau air. Nanti, selepas 2-3 hari dah kering baru on semula perkakas elektrik tersebut.

Media Banjir

Jadi, lepasni dah tak payah susah-susah nak angkat barang berat-berat lah bila banjir berlaku. Bukan apa…takut licin kan bahaya tu. Yang penting, jangan panik! Sebab kalau kita panik, kita tak boleh nak berfikir secara rasional. Rancang satu-persatu apa yang perlu dibuat dahulu dan jaga keselamatan ketika banjir!

Baca: Sayu! Tak Sempat Bawa Ke Hospital, Ibu Meninggal Kerana Terperangkap Dalam Banjir

Baca Banjir

Sumber: wd40.asia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.