Orang macam ni pun ada?!
Seorang lelaki miang tiba-tiba minta seorang lelaki penghantar untuk buat seks dengan dia lepas hantar makanan. Menurut Shanghaiist, lelaki tu dikatakan sanggup bayar sebanyak 200 Yuan (bersamaan RM120) kepada penghantar terbabit supaya tidur bersama dengannya.
Tapi kalau penghantar tu menolak, dia ugut nak bagi review buruk kepada servis budak tu. Lepas order makanan yang dia nak, lelaki pervert berkenaan hantar beberapa mesej bertujuan nak mengganggu lelaki penghantar makanan tu.
Dalam mesej tu dia memaksa lelaki penghantar tidur rumah dia selepas hantar makanan. Lelaki tu turut cakap yang dia sudi beri review 5 bintang dan upah RM120 kat penghantar kalau sudi tidur dengan dia. Teruknya!
Penghantar menolak permintaan tersebut dan ini membuatkan pervert berkenaan jadi marah. Lepas tu mulalah dia ugut tentang nak berikan review buruk untuk servis budak penghantar berkenaan sekali lagi. Jadi lelaki penghantar tu maklumkan pasal gangguan seksual ni pada majikannya.
Majikan dia marah dan bertindak mengikut budak penghantar ke rumah lelaki miang tadi dengan beberapa orang pekerja.
“Kami rasa seorang sahaja tak cukup nak puaskan kau, jadi kami datang sini ramai-ramai,” kata bos tersebut dengan nada sindiran sewaktu tiba kat rumah lelaki miang berkenaan.
Waktu tu lelaki miang terbabit dalam keadaan tidak memakai baju atas katil dia. Ewww! Terkejut tengok ramai orang datang serbu, lelaki miang berkenaan minta semua keluar dari situ. Tapi majikan tu tidak peduli dan terus maki dia.
“Kau ni pervert! Kau ingat orang kerja jadi budak penghantar ni senang nak dibuli ke hah? Kalau kau nak tinggalkan review yang teruk? Cubalah! Aku patahkan kaki kau karang!”
Selepas dimarahi, pervert tersebut menunjukkan mimik muka macam tak endah je dengan teguran yang diberikan. Bengang pulak aku tengok perangai budak ni! Orang macam ni kena ambil tindakan dan laporkan pada polis!
Baca: “Saya terserempak dengan pervert”