in

Lelaki Kongsi Kisah Mengharukan Seorang Bapa Bersusah Payah Cari Rezeki Dengan Mengutip Tin

Page 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak-anak kecil pastinya sudah mengantuk dan mahu tidur seawal jam 10 malam. Paling tidak mungkin jam 12 tengah malam sudah disuruh tidur oleh ibu bapa. Namun, seorang pemandu teksi baru-baru ini kongsi kisah terjumpa dua kanak-kanak di tepi jalan pada jam 5 pagi, 17 Februari lalu.


Hasmuhaimin Din Gulam berkongsi kisah tersebut di Facebook di mana beliau yang pada ketika itu sedang beristirehat di dalam teksinya sebelum dikejutkan dengan dua kanak-kanak berusia 3 dan 6 tahun yang sedang bermain di tepi teksi.

Teksi
sumber: facebook

Selepas memerhati kawasan sekeliling, ternyata bapa kepada kanak-kanak itu berada bersama mereka sedang berjalan di kawasan berdekatan mencari tin. Hasmuhaimin yang musykil dengan kanak-kanak itu yang seharusnya berada di rumah dan tidur terus mengorak langkah untuk bertemu dan menanyakan hal berkenaan kepada si bapa.

Ternyata kisah di sebaliknya sangat menyentuh hati Hasmuhaimin dan netizen yang lain selepas membaca kisah itu di Facebook.

Bapa berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Syukri dan bekerja sebagai pencari tin sepenuh masa. Selain dua kanak-kanak yang dijumpai Hasmuhaimin itu, lelaki berkenaan mempunyai empat orang lagi anak yang masih bersekolah.

Teksi2
sumber: facebook

Syukri turut memberitahu ramai yang bersimpati dengan keadaan mereka dan bertanya padanya untuk membantu menjaga anak bongsunya itu.

Sudah ramai meminta untuk menjaganya. Namun, saya menolak. Biarlah susah seperti mana pun, tidak seorang pun anak-anak ini akan saya beri pada orang lain,” beritahu Syukri.

Teksi3
sumber: facebook

Menurut Syukri, mereka sekeluarga tinggal di sebuah flat satu bilik di Cheras dan mendapat bantuan barangan dapur setiap bulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Baitulmal yang memberi bantuan wang berjumlah lebih kurang RM350 sebulan. Syukri memaklumkan bahawa wang berkenaan digunakan untuk membayar sewa rumah serta barangan dapur yang lain. Berapa besar lah sangat nilai wang itu jika hidup di Kuala Lumpur..

Hasmuhaimin turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa bersyukur dan tidak merungut dengan setiap kesusahan yang menimpa diri kita.

Janganlah kita rasa derita kalau sehari dalam sebulan kita tidak dapat membawa anak-anak makan McDonalds atau KFC. Kalau kita susah, sentiasa ingat ada orang lebih susah dari kita,” nasihat Hasmuhaimin kepada orang ramai.

Teksi1
sumber: facebook

Kadangkala kita tidak sedar rungutan itu tanda kita tidak bersyukur sedangkan lebih ramai orang lain yang lebih susah hidupnya tetapi tidak merungut malah ada yang lebih bersyukur.

Bayangkan kesempitan dan kepayahan dialami lapan sekeluarga ini yang harus tinggal di sebuah flat satu bilik. Besar manalah sangat flat kan…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.