in

Lelaki Kongsi Hakikat Sebenar Pelajar Melayu Belajar Di Sekolah Cina, Minta Ibu Bapa Lihat Semula Kemampuan Anak

Etyuirf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Telah menjadi trend ibu bapa kini yang lebih suka menghantar anak-anaknya ke sekolah cina memandangkan bahasa cina merupakan bahasa yang menjadi permintaan tinggi di pasaran kerja lebih-lebih lagi di Malaysia.


Ada dalam kalangan ibu bapa yang telah menghantar anaknya ke sekolah cina bermula daripada peringkat sekolah rendah dan ada juga yang di peringkat prasekolah.

Namun, sebenarnya perkara ini juga memberikan keburukan dan boleh memberi kesan yang negatif kepada kemenjadian anak-anak lebih-lebih lagi mereka yang baru ingin belajar di peringkat pendidikan formal.

Hakikat sebenar belajar di sekolah cina

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial iaitu Danial Arif telah berkongsi sebuah hantaran berkenaan situasi pelajar melayu yang dihantar ke sekolah cina oleh ibu bapa semasa di peringkat sekolah rendah.

Hantaran tersebut menegaskan menghantar anak ke sekolah cina ini tidak semudah yang disangka dan turut berkongsi hakikat dan cabaran sebenar pengalamannya belajar di sekolah cina semasa berumur 7 tahun.

Saya sekolah SJKC (cina) dari Darjah 1 -6…. sebenarnya mula dari 5 tahun lagi, saya belajar dekat tadika cina. ?Ini…

Posted by Danial Arif on Thursday, August 11, 2022

Bahasa cina menjadi tembok penghalang untuk pelajar Melayu

Menurut hantaran tersebut, dia memberitahu bahawa bahasa cina sangat susah untuk dipelajari dan kebanyakan pelajar melayu di sana ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak menguasai bahasa cina dengan baik.

Punca sebenar mengapa perkara tersebut berlaku kerana kebanyakan ibu bapa tidak menghantar mereka bermula dari peringkat tadika yang menyebabkan mereka mengalami kejutan lalu anak-anak terpaksa struggle untuk kuasai bahasa cina pada peringkat sekolah rendah.

“Kalau nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika cina, mula dari umur 5 tahun.”

Selain daripada itu, dia turut berkongsi mengenai cabaran mempelajari tulisan cina yang boleh dikatakan lebih rumit berbanding sistem abjad Roman (ABCD).

Turut dikongsi rupanya bahasa cina ada 50,000 perkataan dan anak-anak perlu ingat 2000-3000 perkataan sekiranya ingin lancar dalam membaca tulisan cina.

“Bahasa cina guna sistem tulis simbol. Setiap perkataan ada “simbol” tersendiri. 们 (pintu) 人 (orang) 头(kepala).”

Dia juga berkata bahawa tidak mampu membaca tulisan cina inilah penyebab pelajar melayu ketinggalan dalam pelajaran dimana kebanyakan buku teks di sana ditulis dalam bahasa cina ataupun Mandarin.

“Tak pandai baca ni masalah besar sebenarnya. Sebab semua subjek lain (matematik & sains) buku teks dan kertas ujian ditulis dalam bahasa cina. Mudah cerita, pandai macam mana pun sains dan math, tapi tak pandai baca, memang boleh ke laut la.”

Cabaran budaya belajar di sekolah cina

Dalam pada itu juga, cabaran lain yang terpaksa dihadapi oleh pelajar melayu di sekolah cina ataupun SJKC adalah tugasan kerja sekolah yang banyak ditambah pula kesukaran dalam menguasai Mandarin.

“Sekolah cina ni kerja sekolah dia bertimbun. Pengalaman saya, saya pernah tidur pukul 12 malam untuk siapkan kerja sekolah. Bayangkan struggle kerja sekolah banyak, lepas tu banyak perkataan yang saya tak pandai baca?”

Turut dikongsi olehnya berkenaan sesi pembelajaran SJKC yang biasanya mempunyai tiga sesi dan akan ada dua rehat kali. Kebiasaanya, pelajar akan pulang pada pukul 2:30pm.

Waktu pulang tersebut juga menjadi cabaran besar oleh ibu bapa apabila kebiasaannya anak-anak ini akan dihantar ke sekolah agama seusai habis sesi pembelajaran di sekolah rendah.

“Anda kena ada inisiatif untuk ajar anak anda bab agama. Kalau nak expect, petang-petang boleh pergi sekolah agama, susah sikit.”

Minta ibu bapa lihat semula kemampuan anak

Dia juga mengambil kesempatan untuk berpesan kepada para ibu bapa untuk melihat semula kemampuan anak dengan bertanya prestasi dan kemahuan anak belajar di sekolah cina.

“Cuba confront anak anda, tanya dia jujur, dia ada masalah nak faham masa belajar tak? Kalau dia cakap ya… keputusan terbaik adalah, keluar dari SJKC dan masuk ke SK.”

“Kalau anak anda sedang belajr di SJKC dan selalu mengadu tak seronok dan susah… percayalah, the struggle is REAL”

Bagi min, belajar bahasa baru itu sangat penting untuk kebaikan anak-anak di masa hadapan tetapi perlulah juga menitikberatkan kemampuan mereka terlebih dahulu.

Baca: Jiran Cina Sambut ‘Birthday’ Anak Tapi Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal, Beri KFC Sebagai Ganti 

Screenshot 2022 08 15 At 1.55.19 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.