in

Lelaki Iraq Bela 62 Ekor Singa Afrika Di Rumahnya Sejak 10 Tahun Lalu

Untitled Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, kucing menjadi antara haiwan paling popular untuk dijadikan binatang peliharaan kerana sifatnya yang jinak dan mudah untuk dijaga.



Tapi lain pula kisahnya bagi seorang lelaki dari Iraq ini, yang telah menghabiskan masanya sejak 10 tahun lalu membesarkan puluhan ‘kucing besar’ di kediamannya sendiri.

Memetik laporan Asharq Al-Awsat, Ghali al-Marajlah telah berjaya membesarkan kira-kira 62 ekor singa Afrika di kediamannya yang terletak di bandar Basra.

Menurutnya, proses membesarkan singa-singa tersebut memerlukan teknik khas kerana sifat semulajadinya sebagai pemangsa dan cenderung untuk menyerang manusia apabila lapar.

Kesemua singa tersebut akan dibesarkan di rumah sehingga ia mencecah usia tiga tahun, sebelum dipindahkan ke sebuah taman khas miliknya untuk dilepaskan.

Katanya, setiap ekor singa tersebut bernilai antara $6,000 ke $10,000. Dan sejak sedekad yang lalu, Ghali telah berjaya menjual singa-singa peliharaannya kepada zoo dan individu persendirian yang berkongsi minat sama dengannya.

 

Baca: Sengaja Patahkan Kaki Anak Singa Untuk Mudahkan Pelancong Bergambar, Manusia Makin Kejam!

Singa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.