in

Lelaki Ini Kongsi Kisah Kahwin Dengan Belanja RM2,000 Sahaja!

11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je taknak kahwin kan? Semua ada impian sendiri untuk membina masjid bersama pasangan masing-masing. Tapi zaman sekarang ni, kalau cakap pasal kahwin je mesti dah stress, pening kepala.


Tired Ryan Reynolds Stressed Frustrated Face Palm

Sebab apa? Sebab memerlukan belanja yang besar. Itu lah, ini lah, sampaikan ada majlis yang menelan belanja puluhan dan ratusan ribu. Tidak mengapa jika memang berkemampuan. Kalau yang kurang berkemampuan, ikut lah bajet yang sedikit dan tidak membebankan.

*Jangan la sampai berhutang di bank semata-mata mahukan majlis perkahwinan mewah

Apa yang penting, ikut cara Islam jalankan mana yang wajib sahaja. Macam cerita perkongsian Sobri Nadzari ini:

14446006_1200410360001345_2648494135464916006_N

Apa yang susah-susah pikir pasal majlis kahwin.. Pelamin cantik? Baju liplap2? Kek 80 tingkat? Tak perlu semua tu.
Semasa saya bernikah dengan isteri saya, Sufia Nadia, duit poket ada RM500. Kakak saya, Nor Hamizah bagi saya RM500. Kawan isteri hadiahkan RM500. Saya pinjam duit dari kawan saya, RM500. Jumlahnya, RM2,000.
Sebelum kahwin, saya bertanya kepada isteri saya: 
“Kita nak kahwin dengan harga RM2,000 boleh saja tetapi syaratnya kena tutup telinga. Mak saudara mengumpat ke, family tak faham ke, pedulikan semua itu. Kita nak buat benda baik.”
Isteri saya follow je..
Cincin kahwin dan hantaran-hantaran , semua abang dan kakak ipar saya Suhana Mohamed Hassan sedekahkan kepada saya tapi dengan syarat.
Katanya, “kau beli cincin tunang yg murah satu. baru abang belanja hantaran.” Hehe.. Moga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah kepada orang yang meringankan beban saya dan isteri.

Kasut, beg, telekung solat yang berpatutan harganya. Itu sahaja.

 

Baju? Saya belikan baju nikah isteri saya RM70 dan dia jahit sulamnya sendiri, tudung RM30 beli dari kawan saya juga. Baju saya pula, jubah,kopiah dan serban yang saya selalu bawa pergi solat dan talaqqi.

Makan-makan semua family isteri uruskan menggunakan duit RM2000 tu, mereka beli daging kawah. Pada saya, daging packet pun dah cukup.. tapi tak mengapalah.. Nak raikan orang ramai, saya ikutkan saja. Jadi RM1500 jamu orang makan, selebihnya keperluan lain.

Malam Maulidurrasul, 12 Rabiulawal 1437H pada Khamis malam Jumaat kami bertunang. Saya imamkan solat hajat dan doa. Selesai majlis bertunang, abang saya tutupkan dengan doa juga..

Esoknya 13 Rabiulawal 1437H kami nikah. Jamu orang makan apa adanya dan habis majlis. Alhamdulillah, makanan lebih cukup-cukup untuk kami makan malam bersama keluarga. Memang sebelum kahwin, antara amaran saya kepada isteri saya, “JANGAN ADA MAKANAN YANG LEBIH TERLALU BANYAK.”

Laaaaa mudahnya nikah rupanya. Saya pelik apa yang hangpa payah sangat nak menikah? Nak jadi raja sehari di dunia sementara ni pasai apa? Niat nak kawin pun tak betul dah.

Saya kahwin, total RM2000. Doa, hati ikhlas nak kahwin niat kerana Allah. Allah hantar bantuan melalui orang lain untuk lengkapkan majlis saya. ALHAMDULILLAH. Tiba-tiba ada orang bagi pinjam khemah, bunga-bunga hiasan dan sebagainya.

Lepas kahwin, yang mengumpat bini saya tu. pakat datang jumpa minta maaf pada bini saya. Kami maafkan dengan hati yang terbuka.

Kahwinlah, mudahkanlah, jangan dipayahkan. Sekarang tak usah kata mat rempit nak kahwin mahal-mahal. Budak belajaq agama pakai purdah, pakai jubah, pakai macam-macam lah yang islamik, sibuk nak kahwin macam artis. Hukum hakam diketepikan, majlis yang baik menjadi haram kerana junjung adat yang melampau. Pembaziran berlaku, makanan jadi basi. Kalau kucing makan pun boleh keracunan. Allah…. Ubahlah., jangan ikutkan hawa nafsu. Tapi ikut lah apa yang Islam ajar.

Sekarang, nikmat rezeki lepas kahwin. saya rasai dengan tenang. Alhamdulillah, setakat ni saya dan isteri tak pernah lapar. rumah, kereta dan yuran belajar saya masih mampu di bayar. Moga-moga rezeki kami bertambah. Amin..

Kahwin dengan kos RM2000 tanpa letak hantaran..Nikmat yang tak semua org dapat rasa.

Tak percaya?? Cubalah!!

Wallahualam.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.