Isu ini sebenarnya dah lama diperkatakan tapi ia masih berlarutan saban tahun, terbaru, ada seorang pengguna akaun Twitter ini muat naik status tentang perkongsian bahawa memberi ucapan Hari Natal bagi umat islam itu haram.
Tapi ramai netizen berikan respon dengan mengucapkan ‘Merry Chistmas’ kepada lelaki tersebut. Sebab apa? .
Hukumnya adalah harus..
Kita sedia maklum, hari natal bakal kunjung tiba, ‘perayaan Kristian’ yang dimaksudkan ini sudah semestinya hari tersebut.
Untuk pengetahuan, Mufti Wilayah dah merungkai isu ini pada 2 tahun lepas. Lapor Astro Awani, hukum memberi ucapan hari natal kepada penganut agama Kristian adalah harus.
Bagaimanapun, umat Islam tetap perlu mematuhi beberapa ‘syarat’ seperti melafazkan ucapan tanpa niat mengagungkan, dan tidak membabitkan diri dalam ritual keagamaan yang dilakukan.
Disebabkan isu ini sudah terjawab lama, perkongsian diatas menjadi ‘bahan’ perlian netizen dengan memberi ucapan kepadanya Selamat Hari Natal.
Merry Christmas! – Netizen
Pendakwah dari luar negara Imam Mohammad Tawhidi juga ada berkongsikan bahawa ucapan Hari Natal itu tidak haram, bahkan dia siap beri ucapan lagi.
Baca : 5 Perayaan Disambut Oleh Kaum Cina di Malaysia. Bukan Tahun Baru Cina Je Tau!