Malaysia ni memang kena jaga sensitiviti sebab kita ada berbilang kaum dan agama. Kita kena belajar menghormati perbezaan latar belakang masing-masing.
Tapi tindakan seorang lelaki ni dikecam hebat kat Facebook sebab dia boleh bawak bir dan letak kat atas kubur salah seorang kawan Muslim dia. Eh?
Gambar itu ditularkan oleh Facebook Armada PPBM Selayang yang mengkritik dan kecam tindakan lelaki tersebut selain turut menuntutnya meminta maaf kat seluruh rakyat Malaysia.
Namun begitu, seorang rakan kepada lelaki tersebut telah tampil menjelaskan yang dia tak ada niat nak mempersendakan agama lain. Dia turut menjelaskan yang lelaki India tersebut bermimpi arwah rakannya itu meminta bir, sebab itu dia datang membawa ke pusaranya. Huh?!! Apoooo…
Tapi ramai marah dengan perlakuan lelaki tersebut yang dianggap tak sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.
Hmmm… tolonglah faham sensitiviti kaum dan agama kat Malaysia ni…
Baca: Kena Penjara, Denda RM100,000 Kalau Hina Agama Atau Bangsa Lain!