Zaman sekarang kalau berada di tempat awam memang kena hati-hati, tak kira lah pakai apa pun, ada sahaja taktik licik si pervert ni buat ‘kerja’ dia.
Satu kejadian berlaku si sebuah pasar tani di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini viral apabila ada foto seorang lelaki ‘ikat’ telefon bimbitnya di kaki.
Plot twist, dia target lelaki berkain pelikat – Netizen
Berdasarkan sumber TikTok @majoritiofficial, ramai netizen jadi bimbang dengan tindakan itu, mereka anggap bahawa lelaki tersebut seolah-olah cuba merakam video bahagian sulit pengunjung-pengunjung disitu.
Berikutan dengan video tersebut telah meraih lebih daripada 385K, ramai netizen juga turut mengecam tindakan lelaki yang dianggap menjijikkan itu.
@majoritiofficial Yang perempuan hati-hati ya. Risau juga mana tahu kan.. #serikembangan #pasartani #ikat #handphone
Malah, ada juga yang anggap bahawa selain wanita, ia kemungkinan menjadi ancaman kepada kaum adam yang memakai kain pelikat di pasar tersebut.
Andaikata lah betul tanggapan netizen tu, ia jadi satu kebimbangan buat apa-apa jantina sekalipun. Bagaimanapun, mungkin ada sebab tersendiri lelaki tersebut melakukan tindakan sedemikian, mungkin dia nak ambil footage vlog?
Baca : “Padahal aku pakai jubah kot” – YouTuber Famous Dedah Pengalaman Diekori Lelaki Pervert