in

Lelaki Hilang Tangan Tidak Putus Asa, Tetap Bekerja dan Jaga Ibu Yang Terlantar Sakit

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun tiada tangan, pekebun ini tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak bekerja dan menjaga ibunya yang terlantar sakit.


Chen Xingyin berasal dari kampung Tongxin di daerah Fengdu di bandar Chongqing kehilangan kedua-dua tangannya dalam kemalangan elektrikal ketika berusia 7 tahun.

Namun, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk hidup dan menguruskan diri sendiri. Ketika membesar, Chen belajar bagaimana untuk membasuh pinggan, memotong dan memasak menggunakan kakinya.

A4

A6

A7

Kini, di usia 48 tahun Chen mampu melakukan kesemuanya sendiri. Beliau mampu untuk melakukan kerja rumah, memasak dan bekerja menjaga kebun.

Selain bercucuk tanam, Chen juga menjaga kambing milik keluarganya sebanyak 20 ekor. Setiap jam 3 petang, beliau akan membawa kesemua kambing itu memakan rumput.

A1

A10

A11

A12

Chen menjaga ibunya yang terlantar kerana penyakit Bronchitis sejak 5 tahun lalu. Beliau akan menyediakan makanan untuk ibunya 3 kali sehari serta turut menyuap makanan kepadanya.

Chen telah membuktikan kepada semua walaupun tidak sempurna tubuh badan, beliau berjaya melakukan yang terbaik untuk menjaga diri sendiri serta ibunya.

A2

A3

A9

Begitu tinggi kesabaran Chen untuk menempuh kehidupan sehariannya sejak dari kecil. Netizen juga turut memuji kekuatan dan kegigihannya dalam menjaga ibunya yang sakit itu.

“Apa yang sangat saya respek tentang beliau adalah bagaimana beliau bekerja keras untuk menyara hidup sendiri daripada mengharap bantuan daripada orang lain.” komen seorang netizen.

Semoga Chen terus diberi kekuatan untuk terus bekerja demi menjaga dirinya serta ibu yang sakit itu. Contohi lah bagaimana beliau berusaha untuk menjaga dan membalas jasa serta pengorbanan ibunya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.