in

Lelaki Ditampar Isteri Depan Orang Ramai Lepas Kantoi Curang Sewaktu Isteri Keluar Bekerja

Tamparan Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Ditampar Isteri Depan Orang Ramai Lepas Kantoi Curang Sewaktu Isteri Keluar Bekerja
Loading
/

Rumah tangga mana tak dilanda badai? Perbalahan di antara suami dan isteri adalah perkara biasa dalam perkahwinan. Kurang komunikasi dan kehadiran orang ketiga seringkali menjadi sebab utama pergolakan rumah tangga. Namun, hal ini menjadi lebih parah apabila ada individu yang sanggup menghancurkan kepercayaan pasangan yang telah penat lelah mencari rezeki.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikatakan telah bersusah payah mencari rezeki dan menjaga anak namun masih dicurangi suaminya. Video yang tular di Facebook ini telah memaparkan seorang wanita menengking seorang lelaki yang sedang bersama dengan wanita lain di pusat membeli belah.


K4 4
sumber: facebook

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat itu, kejadian berkenaan didakwa berlaku di Dataran Pahlawan Melaka. Wanita berbaju putih tersebut dilihat sedang bertengkar dengan lelaki dipercayai suaminya sambil mendukung anak.

Melihat keadaan wanita terbabit yang menjerit memarahinya, lelaki tersebut cuba menenangkan isteri dan mendukung anaknya namun tidak diendahkan wanita itu. Percaya bahawa suaminya telah berlaku curang, wanita itu tidak mampu lagi bersabar lalu bertindak menampar lelaki berkenaan di khalayak ramai.

“Kau backup dia daripada aku! Aku ni bini kau!” kata wanita tersebut kepada suaminya.

K2 4
sumber: facebook

Dia juga memarahi wanita terbabit yang tergamak keluar berdua-duaan dengan seorang lelaki yang sudah beristeri malah mempunyai anak.

Aku pergi kerja, kau keluar dengan laki aku!” kata wanita berbaju putih kepada perempuan yang bersama dengan suaminya.

“Apa jenis perempuan awak ni!” katanya lagi sambil menuding jari ke arah perempuan tersebut.

K3 4
sumber: facebook

Ramai yang menyaksikan rakaman video tersebut bersimpati dengan nasib wanita itu dan mengeji tindakan lelaki tidak bertanggungjawab berkenaan. Rata-rata kecewa dengan sikap lelaki tersebut yang sanggup mengkhianati kepercayaan isterinya.

“Rasakan..kesian ada anak bini buat macam tu. Isteri pergi kerja dia pergi dating,” kata seorang netizen.

“Lelaki yang main belakang ni bagi aku sampah paling sampah!” tambah seorang lagi netizen.

K1 4
sumber: facebook

Sampai hati dia buat macam tu pada isterinya! Semoga wanita tersebut tabah menghadapi dugaan ni.

Tonton video berkenaan di bawah:

Sumber: Facebook

Baca: “Layanan dia serius tiptop, tak macam isteri saya…” – Lelaki Kongsi Kisah Terlanjur Dengan Isteri Orang

Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.