in

Lelaki Bogel Dan Halusinasi Mahu Kahwin Teman Wanita Yang Sudah Mati Depan Presiden Indonesia

Page 37
Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Bogel Dan Halusinasi Mahu Kahwin Teman Wanita Yang Sudah Mati Depan Presiden Indonesia
Loading
/

Siapa yang tidak sedih jika orang yang kita sayangi meninggal dunia. Perasaan yang dialami ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi janganlah sampai terbawa-bawa perasaan sedih itu sehingga memakan diri sendiri.

Namun itulah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Jakarta, Indonesia apabila dia bertindak membogelkan diri dan berhalusinasi di hadapan Istana Presiden dan meluahkan hasratnya untuk mengahwini teman wanitanya yang sudah meninggal dunia di depan Presiden Indonesia. Alahai kasihannya!

Menurut Coconuts, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai BS, 32 tahun mengalami tekanan yang teruk selepas teman wanitanya meninggal dunia tiga tahun yang lalu.

Video yang berdurasi selama 29 saat itu telah menunjukkan BS ditahan dan dipukul oleh tiga pengawal keselamatan (Paspampres) di hadapan Istana Presiden tersebut.

BS kini masih berada di bawah tahanan polis Gambir sementara menunggu tahap kewarasan mentalnya untuk kembali pulih. Pihak polis telah mengesahkan bahawa ketika kejadian dia berada di bawah pengaruh dadah.

Aaaaa
sumber: tribun medan
Ccc
sumber: coconuts

Kennedy, abang kepada BS, yang hadir di balai polis untuk menemami adiknya mengatakan bahawa BS mempunyai banyak masalah. Dia juga turut menambah bahawa BS pernah gagal untuk berkahwin pada satu ketika dahulu kerana bekas teman wanitanya berlainan agama.

“BS juga adalah orang yang sangat sihat dari segi mental dan fizikal. Mungkin dia tertekan kebelakangan ini kerana perniagaannya tidak berjalan dengan lancar. Dia tak dapat uruskannya dan dia memendamkan masalahnya sendiri. Dia juga mempunyai banyak tanggungjawab seperti menguruskan duit sewa dan juga pekerja-pekerjanya.”

Bahaya juga masalah depresi ini. Buat sesiapa yang tertekan, cuba dapatkan rundingan kaunselor, keluarga ataupun sahabat handai. Jangan diamkan diri!

Baca: Wanita Bogelkan Diri di Mall Selepas Bekas Suami Ungkit Bayar Baju Yang Dipakainya

Capture 46