in

Lelaki ‘Bersilat’ Di Tanah Perkuburan Islam Kluang Tular, Pejabat Kadi Diminta Siasat

tanah perkuburan islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video tular di media sosial sejak Jumaat lalu memaparkan seorang lelaki melakukan gerakan seperti bersilat di sebuah tanah perkuburan Islam di Kluang, Johor, hingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Video berdurasi 28 saat itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya, menunjukkan lelaki berjaket dan bertopi keledar berdiri di kawasan perkuburan sambil melakukan beberapa gerakan tangan dan kaki seolah-olah sedang bersilat.


Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi sehingga ada yang menyuarakan kerisauan soal adab dan sensitiviti di kawasan perkuburan.

1122rssilat 1763796384
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki melakukan gerakan seperti bersilat di sebuah tanah perkuburan Islam di Kluang, Johor,

Artikel berkaitan: “Pernah dengar tapi tak pernah tengok” – Ramai Baru Tahu Wujud Kubur Bertingkat Di Penang

Artikel berkaitan: Lawatan PM Jepun Ke Kubur Jepun & Tugu Negara Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Malah, ada juga yang bimbang sekiranya lelaki berkenaan mungkin memerlukan bantuan pihak berkuasa atau ahli keluarga.

Susulan penularan video tersebut, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pihaknya telah meminta Pejabat Kadi Kluang menjalankan siasatan bagi memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab di tanah perkuburan.

“Kita sudah meminta Pejabat Kadi menjalankan siasatan selepas video terbabit tular di media sosial,” katanya ketika dihubungi.

Setakat ini, identiti lelaki itu dan tujuan sebenar dia melakukan gerakan tersebut masih belum diketahui.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.