in

Lelaki Bakar Isteri Kerana Wanita Itu Tidak Mahu Lagi Tinggal Bersamanya

Burn Wanita

Makin kerap kita dengar pertelingkahan antara suami dan isteri berakhir dengan sesuatu yang buruk. Baru-baru ini, tergamak sungguh seorang suami membakar isterinya di sebuah rumah akibat dendam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di Taman Arked, Sungai Petani itu, terjadi apabila mangsa sedang membersihkan ayam di dalam sinki dekat belakang rumahnya sebelum suaminya datang menaiki motosikal membaling botol berisi minyak petrol yang telah dibakar ke arah mangsa, lapor Malaysian Digest.

Burn
gambar hiasan – sumber: maghress

Perkara tersebut disedari anak lelaki mangsa yang berusia 19 tahun apabila dia terdengar suara ibunya menjerit dari belakang rumah.

Dia bergegas ke halaman belakang rumah dan mendapati tubuh ibunya yang berbau minyak petrol, sedang terbakar dan terlihat kelibat ayahnya melarikan diri.”

— Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid

Mangsa sempat berlari ke dalam bilik air untuk memadamkan api sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh anaknya dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia kira-kira 8.27 pagi semalam oleh kakitangan unit kebakaran HSB semasa dirawat di sana.

Melecur
gambar hiasan – sumber: blogger

Berikutan itu, suami mangsa yang berusia 44 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Suspek juga difahamkan telah menjadi gelandangan sejak dua tahun lepas dan telah tinggal berasingan dari keluarganya sejak 10 tahun lepas.

Anak mangsa juga mendakwa ibu bapanya sedang dalam proses penceraian. Hal tersebut berkemungkinan berlaku selepas ibu mangsa enggan tinggal lagi bersama ayahnya.

Bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kesan lecur di seluruh bahagian badan dan suspek bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

Bincanglah elok-elok jikalau ada masalah. Jangan terburu-buru dalam bertindak sehingga meragut nyawa orang yang disayangi. 

Baca: Wanita Terpaksa Kurung Suami Kerana Mengamuk Pecahkan Siling, Cermin Tingkap Rumah di Selayang

Mengamuk 1