in

“Lebih sejuta maut”- Kes Kematian Akibat Covid-19 Dunia Berada Pada Tahap ‘Paling Buruk & Menyakitkan’

Ft Cocovid 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari, berita kematian akibat pandemik Covid-19 masih juga belum surut, malah semakin bertambah pula.


Kesan kenaikan bilangan mangsa yang terkorban akibat Corona Virus ini juga berada pada tahap yang semakin membimbangkan.

Menurut, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Antonio Guterres, kematian akibat pandemik ini kini mencecah sejuta orang. 

Capture 8 2

Jumlah kematian global yang direkodkan ini nyata berada pada satu tahap yang menyakitkan.

Kenyataan daripada Johns Hopkins University juga melaporkan lebih 33 juta kes yang telah disahkan di seluruh dunia selain  lebih 23 juta yang berada dalam pemulihan.

Ramai betul yang dijangkiti!

“Dunia kita sudah berada pada tahap paling buruk, kehilangan sejuta nyawa akibat pandemik Covid-19.

“Jumlah yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran. Namun, kita tidak boleh lupakan setiap kehidupan individu. Mereka adalah ayah dan ibu, isteri dan suami, ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja.

Gutters juga turut meluahkan rasa sakitnya kerana kegagalan untuk mengawal virus ini.

“Dan belum ada pengakhiran untuk penyebaran virus ini, kehilangan pekerjaan, gangguan pendidikan, pergolakan terhadap hidup kita. Kita mampu harungi cabaran ini. Tetapi kita mesti belajar daripada kesilapan.

Dalam kenyataannya, Gutters juga  mengakui bahawa virus ini telah memberi impak dari pelbagai sudut terhadap masyarakat dunia menurut Harian Metro

Betul juga tu, tak kan korang dah lupa betapa sakitnya lockdown dulu, ramai yang terkesan terutamanya dari segi ekonomi…tak kan nak jadi lagi…

Capture 1 3 7

Namun, dia percaya pandemik ini dapat diatasi sekiranya kita mengambil langkah untuk berwaspada dan belajar daripada kesilapan yang telah berlaku.

“Kepimpinan yang bertanggungjawab penting. Ilmu penting. Kerjasama juga perlu dan maklumat yang salah boleh membunuh, ” katanya.

Tidak dinafikan semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta memainkan peranan masing-masing bagi melawan virus ini.

Gutter juga turut mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya mengamalkan norma baharu seperti menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka disamping kerap mencuci tangan.

Walaupun kematian itu pasti, kita mesti tak nak hilang orang tersayang hanya sebab kecuaian diri sendiri…

 

Baca : Masjid,Tadika Surau Di Jerantut Ditutup Selepas Ada 4 Kes Positif Covid-19, Individu Baru Balik Dari Sabah

Capture 8 1

Sumber: NST
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.