in

Masjid, Tadika & Surau Di Jerantut Ditutup Selepas Ada 4 Kes Positif Covid-19, Individu Baru Balik Dari Sabah

Ejdilpau0Ae4Ny 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dilihat kes ini, makin lama makin lama makin bimbang apabila kes harian telah menunjukkan perubahan yang ketara dimana kes naik secara drastik, mencecah 3 angka beberapa hari berturut-turut.


Lebih membimbangkan lagi, kita lihat ada beberapa pusat membeli belah yang positif Covid-19. Malah, kes yang banyak berlaku di Sabah dah mula merebak di negeri lain di semenanjung.

Terbaru, beberapa masjid, surau dan tadika di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Peringkat 3 dan 4 telah Jerantut ditutup selama 14 hari.

Ini kerana terdapat empat kes positif Covid-19 dikesan pada 25 September lepas selepas pulang dari Sabah..

Ejdilpau0Ae4Ny Ejdilpwu8Aaljl3

Disebabkan itu, Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut telah menetapkan bahawa semua aktiviti Pekan Sehari dan Pasar Malam, ditangguhkan selama 14 hari.

Malah pengajuran majlis keramaian, kenduri-kendara dan program berskala besar juga ditangguhkan bagi tempoh 2 minggu

 

Baca : Senarai 6 Shopping Mall di Lembah Klang Yang Dilaporkan Mempunyai Kes COVID-19

Klcc

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.