in

“Lebih baik takde parents” – 10 Tahun Hadap Nafsu Serakah Bapa, Ibu Pula ‘Support’ Siap Bagi Alat Cegah Hamil

Sudahlah terpaksa layan nafsu serakah si bapa, lebih malang lagi tiada siapa cuba untuk memberhentikan perbuatan jijik itu termasuklah ibunya sendiri. Menurut Tribun, seorang wanita berusia 22 tahun berasal India terpaksa menanggung derita dirogol bapa kandungnya sendiri selama 10 tahun.

Gambar hiasan

Dia dirogol berkali-kali dan lebih menyedihkan apabila ibu kandungnya bukan memberhentikan perbuatan itu sebaliknya membiarkan saja. Bukan itu saja, ibunya juga dikatakan memberi dan memaksa dia untuk menggunakan alat pencegah kehamilan.

Selama ini, ibunya tahu mengenai hal tersebut dan biasanya dia memberikan alat pencegah dan ubat-ubatan untuk menggugurkan kehamilan.”

Gambar hiasan

Malah kedua-dua adik beradik lelaki yang mengetahui perbuatan bapa mereka juga tidak berani membuka mulut dan mendiamkan diri saja. Namun selepas mendapat tahu bapanya turut melakukan perbuatan keji itu kepada adik perempuannya, dia memberanikan diri memberitahu guru besar di sekolah.

Gambar hiasan

Selepas sedekad dijadikan tempat melempias nafsu bapanya yang berusia 44 tahun itu, akhirnya laporan polis dibuat. Bagaimanapun, bapanya telah melarikan diri tetapi ibu mereka yang berusia 42 tahun berjaya ditangkap. Pihak polis kini sedang memburu bapa durjana itu.

Dia kini tinggal di rumah keluarga mereka namun adik perempuannya ditempatkan di rumah kebajikan sebab masih di bawah umur.

Tergamak betul ayah dengan mak dia!

Baca: “Setiap malam masuk bilik…” – Kena Rogol Dengan Bapa, Tapi Ibu & Jiran Tak Percaya Sebab Bapa ‘Orang Masjid’