in

“Lawanya!” – Udara Dah Bersih! Penduduk India Nikmati Pemandangan Jelas Banjaran Himalaya Waktu Covid-19

Combine Gunung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata seluruh negara di dunia telah mengambil insiatif untuk ‘lockdown’ berikutan kes wabak Covid-19 yang menular. Ekoran daripada itu, ada negara yang memberi kesan yang positif berhubung dengan inisiatif berkenaan. Sebagai contoh, penduduk di negara India dapat menikmati pemandangan Banjaran Himalaya dengan jelas.


Memetik laporan AmazingNara, penduduk di India dapat melihat sendiri kecantikan alam semula jadi itu dengan jelas tanpa sebarang pencemaran udara.

Himalaya

Pergunungan Himalaya terkenal kerana memegang rekod banjaran yang terpanjang selain memiliki puncak gunung tertinggi iaitu Gunung Everest.

Himalaya 2

Jurugambar di India turut tidak melepaskan peluang ini untuk mengambil sendiri gambar Banjaran Himalaya daripada atap bumbung kerana momen ini amat mustahil untuk diperoleh.

Memandangkan semua orang duduk di rumah, so pencemaran udara jadi berkurang dan mereka ambil kesempatan untuk tengok pemandangan yang indah ini.

Bukan itu sahaja, penduduk India yang berada jauh di Punjab pun dapat menyaksikan pemandangan itu. Mereka juga dapat melihat salji yang menutupi puncak Himalaya dari jauh. Wahh mesti cantik kan.

Namun, momen ini mungkin akan berakhir setelah semua orang akan menjalani kehidupan seperti biasa dan puncak Himalaya akan terlindung semula.

Baca : “The power of love” – Gambar Kahwin ‘Gempak’ Berlatarbelakangkan Gunung Berapi Meletup Dapat Pujian Netizen

Gu

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.