in

“The power of love” – Gambar Kahwin ‘Gempak’ Berlatarbelakangkan Gunung Berapi Meletup Dapat Pujian Netizen

Volcano

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk korang yang tak tahu, 12 Januari lalu, salah satu gunung berapi paling kecil paling aktif di dunia, Gunung Berapi Taal telah meletus selepas letusan terakhirnya pada tahun 1977.


Letupan ini telah melumpuhkan ibu negara Filipina, Manila hingga sekolah dan premis perniagaan di sana terpaksa ditutup.

Namun, di sebuah ladang 20km dari gunung berapi tersebut, satu pasangan, Chino Vaflor dan Kat Palomar sedang bersiap sedia untuk melangsungkan perkahwinan bila mereka lihat ada aktiviti pelik sedang berlaku di gunung tersebut.

Menurut CNA, pasangan ini membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan dorang selepas berbincang dengan team mereka macam mana nak kawal keadaan kalau sesuatu yang bahaya berlaku.

82092461 2733509746726686 2661488450468839424 O 768X512 1
Sumber: randolf evan photography

Randolf Evan, jurugambar untuk perkahwinan tersebut telah kongsikan gambar-gambar mereka di Facebook di mana awan tebal boleh dilihat di belakang ketika pasangan ini senyum pada satu sama lain.

81922537 2733509886726672 8911453099294457856 O
Sumber: randolf evan photography

Kami teruskan acara kerana memikirkan ia mungkin tak bahaya tapi kami sentiasa pantau keadaan melalui media sosial.”

Dalam gambar yang dikongsikan oleh Randalf ni, salah satunya korang boleh tengok semasa perkahwinan sedang berlangsung, dekat langit ada asap tebal siap dengan kilat lagi!

82119247 2733509713393356 7035670323684966400 O 768X512 1
Sumber: randolf evan photography

Menurut Randalf, mereka ingatkan yang dorang akan selamat dari apa-apa ancaman gunung berapi tersebut kerana ladang itu terletak di atas tanah rata, namun, resepsi perkahwinan terpaksa dihentikan bila debu dari gunung tersebut menjadi lebih “lebat dan berlumpur”.

82205223 174518800584957 5591853016287281152 O
Sumber: savanna farm tagaytay by solange

Bagaimanapun, Chino dan Kat tetap sempat untuk sahkan perkahwinan, buat first dance dan bagi ucapan sebagai suami isteri.

Keluarga dan kawan rapat pasangan yang hadir ke perkahwinan ini telah bersama mereka hingga acara ini dihentikan.

Dorang dah tangguh perkahwinan sejak 8 tahun lepas dan dah ada dua orang anak, so memang boleh faham betapa istimewanya hari itu untuk pasangan ni.”

82339125 2733509733393354 4017987642514735104 O
Sumber: randolf evan photography

Walaupun bahaya, gambar-gambar yang Randalf ambil ni memang cantik and memorable!

 

Baca: “Tiba-tiba banjir, takkan nak cancel shooting” – Jurugambar Ini Kongsi Gambar Kahwin Pengantin Bertemakan Air Banjir Tapi Pengantin Lelaki Tu Rupanya…

Screenshot 2020 01 15 At 1.13.07 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.