in

Langg*r Pelancong Indonesia Umur 6 Tahun Sehingga M*ut, Pemandu Didakwa Salahkan Mangsa Pula?

Ft Pelancong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemandu di Chinatown, Singapura telah ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.

Pihak polis Singapura mengatakan bahawa pelaku yang merupakan seorang wanita berumur 38 tahun ditahan bagi mambantu siasatan.


Berdasarkan maklumat daripada Channel News Asia, kejadian berlaku di South Bridge Road berhampiran dengan Tooth Relic Temple pada Jumaat lepas sekitar jam 11.50 pagi.

Artikel berkaitan: Rakan Senegara Terlibat Kes Langgar Lari, 13 Warga Nepal Ditahan Lepas Halang Lalu Lintas

Artikel berkaitan: Bumbung Sebuah Stesen Minyak Runtuh Akibat Dilanggar Treler

Pelaku salahkan balik mangsa?

2 orang pejalan kaki iaitu kanak-kanak berusia 6 tahun bersama seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan ibunya kemudian dibawa ke hospital sebelum kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia.

Foto dan video kejadian itu tular menunjukkan kejadian tersebut dan orang ramai yang berada di kawasan tesebut datang untuk membantu mangsa.

628291339 122198030762550925 4951587243827960487 N

Berdasarkan perkongsian netizen, dipercayai saksi yang berada di lokasi kejadian menyatakan bahawa ketika kejadian itu berlaku, pelaku sebaliknya menyalahkan mangsa yang merupakan pelancong dari Indonesia yang dikatakan ‘tidak nampak’ keretanya hendak bergerak.

Screenshot 2026 02 10 111959

Dalam satu perkongsian lain, ada individu dapat melihat bagaimana kemalangan tersebut berlaku dan berkongsi bagaimana kedua-dua ibu dan anak ini dirempuh dan anaknya digilis oleh pemandu tersebut.

Screenshot 2026 02 10 112310

Bagaimanapun, kesemua individu yang dikatakan saksi kejadian ini kongsikan perkara tersebut di media sosial, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa yang mengesahkan perkara yang lebih terperinci berhubung dengan kejadian ini.

Menerusi laporan Kompas, mayat mangsa telah dibawa pulang ke Indonesia dan disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Jakarta Selatan pada hari Ahad lepas (8 Februari 2026).

Sumber : Channel News Asia, Threads, Kompas

Sumber: Facebook
Sumber: Threads
Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.