in

Lana Nodin ‘Berhijrah’ Ke US Dengan Keluarga, Buat Video Khas Untuk Netizen Yang Hina & Caci Dirinya

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lepas, nama pelakon Lana Nodin hangat disebut netizen selepas wanita ini mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.


Selain itu, Lana turut dituduh sebagai seorang antivaksin kerana dia secara terang-terangan memberitahu yang dia memilih untuk tidak mengambil vaksin serta mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid-19.

“Aku balik aku akan lihat sendiri siapa yang betul”

Menerusi Instagram peribadinya semalam, Lana Nodin telah memuat naik reels menunjukkan yang dia dan keluarganya telah pun berhijrah ke negara asal suaminya, Amerika Syarikat (US).

Menurut Lana, video yang menunjukkan dia dan keluarganya di lapangan terbang dan menaiki pesawat untuk ke US itu dibuat khusus untuk netizen yang “selalu menghina dan masih mencaci”.

Ni video khas aku buat utk yg selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yg sy buat! Ada yg kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik usa..kat usa sane lagi teruk semua tak boleh, dine in ke, riadah ke masuk mall ke atau masjid ke.”

“ok ni aku balik, aku buktikan apa yg korang yg cakap tu lebih tau dan teror pada aku!!! Bile aku gan @ritrud727 share info kami di labelkan berbagai nama, padahal kami bagitau apa yg benar yg banyak yg tak telus di beritahu sehingga ramai jadi doktor tik tok, jadi polis pencen, jadi wartawan yg lebih tau pasal negara luar.Skrg aku balik aku akan lihat sendiri siapa yg betul!!”

“Tak boleh dine in kat KL, sistur dine in kat Miami”

Selain itu, menerusi Instagram Story Lana turut kongsikan yang dia dan keluarganya telah pun tiba di Amerika Syarikat dan turut tunjukkan di sana walaupun tak ambil vaksin, dia masih boleh dine in di restoran.

Screenshot 2021 09 14 At 11.25.14 Am

“Haritu anak aku tengah mandi kau halau keluar”

Selain itu, Lana turut kongsikan yang dia dan keluarganya pernah pergi ke Sungai Kemensah, namun kerana ramai tahu dia tak ambil vaksin, anak-anak Lana telah dihalau dari mandi di sana.

Anak aku tengah mandi kau sanggup halau keluar.”

Screenshot 2021 09 14 At 11.28.05 Am

Nampak dari video-video yang Lana kongsikan ni, dia dan keluarganya memang macam tengah seronok di US. Kita doakanlah dorang bahagia dan selamat dekat sana ok? Tak yah gaduh-gaduh dah…

 

Baca: Muat Naik Story ‘Sound’ TS Noor Hisham, Netizen Pelik Tengok IG Story Lana Nodin?

Screenshot 2021 09 14 At 11.33.58 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.