Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan 18 Mac lalu, soalan yang sering kita tanya-tanya, bila benda ni akan berakhir? Lagi-lagi nak dekat raya ni, kita mestilah nak dekat dengan orang tersayang kan?
Menurut Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, KKM perlu pastikan 6 kriteria ini dapat dicapai sebelum PKP ditamatkan.
So, setiap kementerian, agensi dan rakyat sendiri perlu pastikan yang dorang boleh implikasi 6 kriteria ni, baru kawalan boleh dihentikan. So apa kriterianya?
1. Kawalan sempadan
Macam yang korang tahu, antara sebab kes dekat negara kita makin berkurang adalah kerana sempadan kita dikawal ketat. Kalau benda ni loose, memang susah nak bendung wabak ni dari terus merebak.
Tak payah tengok jauh, jumlah kes dekat Singapura sendiri naik mendadak secara tiba-tiba, cuba bayangkan kalau sempadan dibuka?
2. Kawalan pergerakan
Salah satu usaha untuk bendung wabak ini juga adalah dengan mengawal pergerakan individu. Kalau kita boleh bergerak ke sana ke sini (baca dalam nada PM) sewenang-wenangnya, tak mustahil dalam masa beberapa hari je, confirm kes akan naik balik.
3. Persediaan sistem kesihatan
Ini termasuklah memastikan jumlah kakitangan, wad, peralatan kesihatan dan makmal cukup untuk menghadapi gelombang besar. Sediakan payung sebelum hujan.
4. Strategi untuk melindungi golongan berisiko tinggi
Bagi golongan berisiko tinggi seperti, warga emas, pesakit yang menjalani kemoterapi, orang yang mempunyai penyakit kronik, kita perlukan cara yang efektif untuk melindungi dorang dari terdedah dengan wabak ni. Agak susah nak buat…
5. Praktikkan norma baru
Sekiranya PKP dihentikan, kita semua masih perlu amalkan norma baru seperti kerap basuh tangan, jaga penjarakkan sosial dan elakkan perkumpulan beramai-ramai.
Semua ni agak mustahil untuk dilakukan lagi-lagi ketika musim perayaan tapi ia memang penting untuk diteruskan.
6. Kenal pasti kawasan atau kumpulan dalam komuniti yang berpotensi untuk dijangkiti
Jika PKP dihentikan, beberapa kawasan atau tempat yang mudah untuk wabak ini merebak seperti tempat-tempat awam atau kumpulan yang ada potensi untuk dijangkiti.
Disebabkan ini, Dr Noor Hisham memberitahu yang dia tak boleh nak jamin yang PKP bakal ditamatkan pada 28 April ni walaupun kita dapat lihat penurunan kes positif.
Kalau pun PKP bakal dihentikan, ia tak boleh dilakukan secara mendadak, ia perlu dilakukan secara berperingkat dan orang yang tak ada kena mengena dengan sektor ekonomi perlu terus duduk di rumah.
Dah tentu semua orang nak benda ni berakhir cepat-cepat, tapi betterlah kita cegah selagi boleh.
Baca: “Selagi tak ada zero cases” – PKP Hingga Ramadhan? Ramai Netizen Minta PKP Dilanjutkan