in

“Laju lari” – Penguat Kuasa Serbu Restoran, Lelaki Dirakam ‘Berdesup’ Lari Bawa Plastik Hitam

Lari Bawa Plastik Hitam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali tibanya Ramadan, penguat kuasa agama akan melakukan serbuan bagi memantau orang Islam yang tidak menghormati bulan puasa.


Tidak dinafikan terdapat segelintir individu yang sengaja tidak melaksanakan ibadah puasa, atas alasan tidak munasabah. Golongan ini kerap kali digelar sebagai ‘geng plastik hitam’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Pejabat Agama Daerah Gerik di TikTok, kelihatan pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sedang melakukan serbuan di sebuah restoran.

Artikel berkaitan: “Bawa mic” – [VIDEO] Aksi Wanita Ini ‘Sound’ Geng Plastik Hitam Dalam Kereta Buat Netizen Berdekah

Artikel berkaitan: 2 Beranak Kantoi Jual Nasi Bungkus Untuk Orang Ponteng Puasa Di Kelantan

@padgerik33300

Laporan Dari Unit Penguatkuasa (OPS BARKOBA KANTOI😱) ini bukan berlakon ya semua ini real jadi pakat2 ambil Iktibar Kalau tak pose juga kami Follow Rapat punya🤭 JANGAN LUPA FOLLOW, LIKE, KOMEN DAN SHARE 👍 #yakyakyeay #puasa17 #padgerik #padgrk #fybシ #barkoba #puasa2024 #unitpenguatkuasajaipk #unitdakwahpadgerik #mamatkhalid #puasaramadhan #jaipk #unitdakwah #fypシ゚viral #jakim #puasaramadhan #puasa17 #kantoisudah

♬ original sound – PEJABAT AGAMA DAERAH GERIK – PEJABAT AGAMA DAERAH GERIK

Ketika beberapa anggota penguat kuasa menuju ke restoran terbabit, seorang lelaki bertopi keledar berlari lintang pukang sambil membawa plastik hitam dipercayai berisi makanan seperti tidak mahu dirinya ditahan.

Malah, pihak penguat kuasa sempat menyergah lelaki terbabit kerana terus berlari tanpa melihat keadaan sekeliling.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang mendakwa lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya di hadapan restoran berkenaan kerana terlalu takut ditangkap pihak penguat kuasa.

Screenshot 2024 03 15 132511 Screenshot 2024 03 15 132523 Screenshot 2024 03 15 132601

Tidak dapat disahkan bahawa lelaki yang berlari sambil membawa plastik hitam itu sama ada tidak berpuasa atau sebaliknya.

Difahamkan, penguat kuasa hanya boleh menangkap individu yang sengaja makan di khalayak ramai pada waktu siang di bulan puasa.

Memetik perkongsian di Facebook Bahagian Penguatkuasaan JAIPk, pihaknya telah melakukan operasi ‘Ops Geng Plastik Hitam dan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran’ pada 14 Mac di sekitar Chemor, Chepor dan Meru.

Kalau tak bersalah, kenapa lari kan?

Sumber: TikTok, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.