in

“Lain yg cuba ditangkap” – 2 Polis Dipecat, Sibuk Main Pokemon Go Sampai Tak Jawab Panggilan Kecemasan

Cover 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun dahulu, permainan video Pokemon Go mula dilancarkan dan mendapat sambutan di seluruh dunia. Kebiasaannya, permainan ini akan dimainkan pada masa lapang, namun lain pula yang berlaku buat dua orang anggota polis ini yang bermain ketika waktu bertugas.


Dua orang anggota polis Amerika Syarikat telah dipecat daripada bertugas gara-gara bermain Pokemon Go ketika menerima panggilan kecemasan berkenaan rompakan.

Menerusi laporan sumber, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2017 apabila pegawai Louis Lozano and Eric Mitchell mengabaikan tugas mereka. Namun, insiden ini dibicarakan semula apabila mereka mahu melawan keputusan pemecatan itu.

Fa973181 8Feb 48B1 905F 4E35E1C7F407

Pada hari kejadian, berlaku satu rompakan di Crenshaw Mall dan penyelia rondaan pegawai polis pada ketika itu, Sarjan Jose Gomez meminta bantuan kecemasan menerusi panggilan radio tetapi tidak menerima panggilan balas daripada mereka berdua.

Jelas dua pegawai tersebut, mereka tidak menerima apa-apa panggilan radio pada ketika itu dan sedang berada di taman yang bising dengan muzik.

Bagaimanapun selepas diperiksa menerusi rakaman kereta, dua pegawai tersebut sebenarnya berada berdekatan dengan kejadian rompakan dan sengaja tidak menjawab panggilan radio kecemasan.

Menerusi laporan mahkamah, meskipun kedua-dua pegawai polis tersebut tidak berjaya menangkap penjenayah, tetapi mereka telah berjaya menangkap Snorlax di dalam Pokemon Go.

Untuk rekod, rayuan kedua-dua individu ini untuk kembali bertugas telah ditolak oleh pihak mahkamah.

Kredit: USA Today 

Sumber: 5 Game Telefon Bimbit Kegilaan Kita Dahulu, Budak 90-an Mesti Pernah Main!

Capture 21

Sumber: Today in 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.