in

“Lain macam hobi dia” – Remaja Ini Kumpul Habuk Pemadam Sampai Jadi Bola Seberat Lebih 1KG

Lain Macam Hobi Dia Remaja Ini Kumpul Habuk Pemadam Sampai Jadi Bola Seberat Lebih 1Kg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Habuk pemadam biasanya akan menjadi merimaskan apabila ia semakin banyak. Disebabkan itu, sesetengah orang akan mencari pemadam yang akan menghasilkan habuk yang paling sedikit.


Untitled Design 5 E1615001722448

Tapi, lain pula dengan seorang remaja lelaki di China ini yang mula mengumpul habuk daripada pemadam yang pernah digunakannya semenjak 11 tahun lalu sehingga ia sudah menjadi sebiji bola.

Memetik Oddity Central, Guang Ying, 18, pernah muncul dalam satu rancangan realiti televisyen Jepun mengenai ‘hobi’ anehnya mengumpul habuk pemadam lima tahun lalu. Pada ketika itu, dia sudah pun mengumpul habuk pemadam sejak berusia lapan tahun.

Untitled Design 4 E1615000976385

Difahamkan, ketika itu, habuk pemadam yang dikumpul sudah menjadi bebola berwarna kelabu yang sama besar dengan sebiji bola besbol.

Pun begitu, rancangan televisyen sama sekali lagi menghubungi Guang Ying beberapa tahun kemudian untuk bertanyakan perkembangannya. Menurut laporan media tempatan, Guang Ying tidak pernah berhenti mengumpul habuk pemadam.

Kini, bebola kelabu itu sudah mencapai berat lebih 1 kilogram! OMG!

Guna minyak masak & balut dalam ‘plastic foil’ untuk kekalkan bentuk

Untitled Design 3 E1615000868389

Menurut Guang Ying, rahsia bagaimana dia mengekalkan bentuk bulat habuk pemadam terletak pada penggunaan minyak masak dan plastic foil.

Kata remaja itu, dia akan melumurkan minyak masak pada bebola kelabu untuk memudahkan habuk pemadam baru melekat padanya.

Seterusnya, Guang Ying akan membalut bebola tersebut di dalam plastic foil untuk memastikannya sentiasa lembap. Proses itu dikatakan diulang remaja terbabit sebanyak ribuan kali sepanjang 11 tahun.

Anggap sebagai tangkal bertuah

Untitled Design 6 E1615002393519

Apabila disoal mengenai masa hadapan, Guang Ying berkata dia tidak akan berhenti menambah habuk pemadam baru pada bebola kelabunya.

Kata remaja itu, bebola kelabu itu dianggap sebagai tangkal bertuah kerana dia mampu berjaya dalam pelajaran.

Selain itu, Guang Ying juga berhasrat ‘hobi’ itu akan diikuti oleh anak-anaknya suatu hari nanti.

Sumber: Oddity Central

Baca: Hobi Pelik! Warga Emas Dari Jelebu Ini Kumpul Sampah Di Rumah Sampai 4 Tan

Ft Sampah E1610264191243

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.