Baru-baru ini, viral di media sosial tentang seorang Instafamous wanita yang berkongsi tips merentas negeri untuk berbulan madu di sebuah tempat percutian. Ini telah mencetus kemarahan netizen sebab kita kan masih lagi tak dibenarkan untuk ke negeri lain kalau tak ada urusan penting.
Namun, kali ini, pasangan suami isteri ini telah dipanggil polis untuk memberi keterangan, lapor Sinar Harian. Menurut Superintendan Ashari Abu Samah iaitu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat telah ditunjukkan oleh suami wanita terbabit pada 15 Mac lalu.
Pihak polis telah meluluskan permohonan rentas negeri mereka bermula pada 17 Mac hingga 20 Mac,” katanya.
Pasangan terbabit juga telah menunjukkan resit penempahan resort yang diinap oleh mereka sebagai bukti kepada pihak polis. Difahamkan, sepanjang urusan bisnes selama beberapa hari di sana, mereka menginap di sebuah resort di Johor.
https://twitter.com/PDRMsia/status/1373446387266809862
Selain itu, mereka juga mengaku yang mereka memang ada upload gambar percutian tersebut di Instagram si isteri. Namun, difahamkan, gambar tersebut hanyalah untuk tatapan peribadi di Instagram sebelum ditularkan oleh netizen di Twitter.
Jadi, kiranya polis bukan saja-saja bagi kebenaran untuk dorang merentas negeri. Rata-rata netizen kecewa sebab pasangan ni seperti menyalahgunakan surat kebenaran yang diberikan.
Baru tau langit tu tinggi atau rendah – Netizen
Pihak polis juga menasihati masyarakat agar tidak menyalahgunaan kebenaran keluar negeri yang telah diluluskan. Kang tak pasal-pasal kena kompaun sebab melanggar SOP.
Baca: “Ikut pegawai yang cop juga,kalau mood dia..’ – Instafamous Ajar Tips Rentas Negeri Untuk Honeymoon