Makanan orang Barat memang menarik tapi keunikan makanan Asia membuatkan mat saleh di Barat ni teruja nak bagi macam-macam komen sampai dorang salah faham tentang jenis-jenis makanan orang tempatan kita.
Salah satu insiden yang admin dan semua orang tak boleh lupa ialah bila chef mat saleh bagi komen pasal rendang ayam crispy. Haa mau mengamuk makcik-makcik yang masak rendang tiap kali raya tu kalau rendang ayam ditukar jadi crispy pulak!
Nasi Goreng menyerupai fried rice??
Kali ini geng mat saleh buat hal lagi bila mereka membuat video berkaitan antara makanan yang paling popular kat Nusantara iaitu Nasi Goreng.
Sebuah blog makanan US, Food Insider di Twitter telah memuat naik video berkaitan Nasi Goreng yang juga katanya menyerupai ‘fried rice’.
Err… jap-jap! Min pun tak faham ni. Bukan ke fried rice tu ‘Nasi Goreng’? Eh nasi goreng tu lain eh dari fried rice??
Resembling fried rice, nasi goreng is made with a thick, sweet Indonesian soy sauce called kecap pic.twitter.com/fnGVvfmyOX
— Insider Food (@insiderfood) December 30, 2019
Lagi menambahkan pelik, tweet ni kata nasi goreng ni dibuat menggunakan soy sauce Indonesia yang pekat dan manis. Soy sauce ni dipanggil ‘kecap’ atau kicap. Errr okayyy… Soy sauce tu bukan kicap ke? Aiyoooo!
“Ia bukan menyerupai fried rice. Ia memang fried rice. Nasi Goreng maksudnya fried rice!”
Seperti yang korang dah dapat agak, rata-rata netizen di Twitter yang berasal dari Nusantara (kebanyakannya Indonesia dan Malaysia) membanjiri bahagian komen posting tu.
Ramai yang keliru, marah dan tak faham bagaimana sebuah blog makanan yang terkenal kat US ni boleh buat kesilapan sebodoh ini. Haih tak guna Google Translate ke apa??
Bagi admin, orang Barat ni eloklah buat research betul-betul pasal makanan orang Asia terutamanya Nusantara sebelum buat video ni semua. Malu je bila kena bash sampai macam ni.