Sebuah pesawat Korean Air Lines dan pesawat Cathay Pasific Airways yang tidak bergerak dilaporkan berlanggar di Lapangan Terbang New Chitose, Sapporo di utara pulau Hokkaido di Jepun.
Pun begitu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden pelanggaran pesawat tersebut.
Menurut laporan, Korean Air mempunyai 289 penumpang dan anak kapal semasa insiden berlaku manakala ada konflik melibatkan jumlah penumpang di pesawat Cathay Pasific tersebut.
Sementara itu, jurucakap lapangan terbang tersebut mendedahkan menerima panggilan mengenai insiden tersebut kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan melibatkan penerbangan KE766 Korean Air Lines yang menuju ke Seoul dan pesawat CX583 milik Cathay Pacific yang diparkir secara bersebelahan sebelum berlepas.
Artikel berkaitan : Tular Gambar Pintu Kapal Terbang Alaska Airline ‘Made In Malaysia’, Anthony Loke Belum Ada Info
Artikel berkaitan : Pesawat Alaska Airlines Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Apabila Panel Tingkap Kapal Terbang Bahagian Penumpang Tercabut
Insiden berlaku apabila kereta penunda yang sedang menunda pesawat Korean Air Lines untuk melakukan perlepasan tergelincir kerana salji tebal di landasan dan menyebabkan bahagian sayap kapal terbang tersebut berlanggar dengan pesawat Cathay Pacific yang sedang parkir.
Tiada kecederaan yang dilaporkan dan syarikat pernerbangan itu memberikan kerjasama sepenuhnya dengan semua pihak berkuasa berkaitan.
Selain itu, jurucakap Cathay Pacific dari Sapporo yang terjejas telah dipindahkan ke penerbangan syarikat mereka yang lain hari ini dengan sebahagian dari mereka pada hari esok. Pihak mereka juga memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas.
Menurut laman web lapangan terbang tersebut, terdapat kelewatan dan pembatalan penerbangan semalam dengan rakaman video menunjukkan kawasan itu dilitupi salji tebal.