in

“Kurang ajar tahap ayah pin!” – Budak-budak Viral ‘Prank’ Orang Tua Bonceng Motor Sampai Terjatuh Dah Minta Maaf

Nakal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video di Twitter viral sehingga meraih 7.4K jumlah retweets yang telah mengundang kemarahan netizen semalam.



Menurut sumber, video itu diterima di Whatsapp group sebelum ia dikongsikan di media sosial lain.

 

Kalau pakcik tu patah pinggang sumpah aku… – Netizen

Dalam video berdurasi 21 saat itu, seorang remaja menunggu orang tua untuk bonceng sambil memeras handle sementara orang tua tersebut boleh naik motor tersebut.

Namun, belum sempat duduk lagi remaja tersebut buat aksi ‘willy’ sampai orang tua tersebut terjatuh dan diketawakan oleh perakam.

Menurut netizen yang menontonnya, remaja tersebut mengarahkan pakcik tersebut untuk jangan pegang apa-apa sebelum melakukan prank itu.

Difahamkan lokasi kejadian ini berlaku di Terengganu, ramai netizen begitu marah dan dalam masa yang sama kesian melihat keadaan pakcik tersebut yang cuba nak duduk di belakang.

Malah, mereka juga kesian melihat keadaan pakcik tersebut yang dilihat seperti ‘tak kuat’.

Motor Motor2 Motor4 Motor5 Motor6

 

Dah minta maaf

Memandangkan video ini dah viral, difahamkan remaja tersebut melawat pakcik itu ke rumah dan memohon maaf kepadanya.

Namun begitu, masih ada netizen mempersoalkan keikhlasan remaja tersebut meminta maaf apabila memerhatikan gerak geri mereka.

Apapun, mungkin itu adalah cara mereka, harap dapatlah dijadikan pengajaran dan jangan ganggu orang dan aniaya orang sampai begini sekali kalau nak buat nakal, usahlah libatkan orang lain.

Mudah-mudahan pakcik ini elok-elok sahaja.

 

Baca : Budak-Budak Bawa Geng Belasah Seorang Bapa, Sebab Cuba Mempertahankan Anaknya Yang Dibuli

Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.