in

“Kurang ajar membawa padah” – Gara-gara SENGAJA Bersin Depan Pak Guard, Wanita Taiwan Ini Dipenjara 11 Minggu

Gambar Hiasan 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam pada wabak Covid-19 melanda dunia ketika ini, kita kena menerima satu norma baharu bagi menghapuskan rantaian pendemik yang kian berleluasa iaitu dengan cara memakai pelitup muka.


Pun begitu, angkara sifat pentingkan diri, seorang wanita Taiwan, yang sengaja bersin di hadapan seorang pengawal keselamatan setelah dia dihalang masuk ke pusat membeli-belah Ion Orchard oleh petugas pada bulan April, dijatuhkan hukuman penjara 11 minggu.

Menurut StraitsTimes, Sun Szu-Yen, 46, tidak memakai pelitup muka, telah tiba di pusat beli belah itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari dan mengisi borang.

Timbalan Pendakwa Raya, Deborah Lee menyatakan bahawa mangsa mengingatkan tertuduh untuk memakai pelitup muka sebelum memasuki pusat membeli-belah. Namun, tertuduh menggunakan selendangnya untuk membungkus mulutnya sebagai gantinya. Eh boleh pulak macam tu?

Fhsun100920

Akibat berang ditahan, Sun kemudian bersin ke arah Cik Devika Rani iaitu pengawal keselamatan yang enggan membiarkannya masuk.

Setelah bersin, Sun Szu-Yen berkata faham? dah faham ,belum?!” dan kemudiannya mengeluarkan pasportnya dan berkata “Saya orang Cina. Saya orang Taiwan”.

Sun, yang dilaporkan akan berada di Singapura dalam jangka panjang, mengaku bersalah di sebuah mahkamah daerah pada bulan Jun atas satu tuduhan melakukan tindakan yang melulu dan tuduhan menganggu keteteraman awam.

Tertuduh yang tidak diwakili penguam menyatakan bahawa dia ingin tinggal di Singapura di mana anaknya bersekolah.

Kerana tindakan melulu yang dilakukan itu, Sun sebenarnya boleh dikenakan maksimum penjara 6 bulan dan $2,500 Dollar Singapura. Dan bagi untuk tindakan gangguan yang telah dilakukan, tertuduh boleh dikenakan maksimum penjara 6 bulan dan $5,000 Dollar Singapura.

Nasib baiklah kedalam tu 11 minggu je… kalau tak..

 

Baca: Dunia makin canggih weyh – Gempak! Ini Idea Unik Singapura Dalam Atasi Covid-19, Robot Anjing Jadi Pemerhati

1 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.