in

Kumpulan Ekstremis Denmark Bakar Kitab Suci Umat Islam

Untitled Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketakutan terhadap Islam bukan sesuatu yang asing di bumi Barat. Orang-orang Islam dianggap sebagai satu ancaman besar kepada keselamatan mereka.


Justeru banyak aksi-aksi kurang menyenangkan yang dibuat golongan ini untuk melampiaskan kebencian mereka kepada Islam. Antaranya termasuk larangan pemakaian hijab dan aksi tembakan rambang di masjid.

Di Denmark misalnya, sebuah kumpulan berhaluan kanan Stram Kurs yang terkenal dengan kebencian melampaunya terhadap Islam — melakukan aksi biadap dengan membakar kitab suci umat Islam baru-baru ini.

RT melaporkan, aksi itu dilakukan di kawasan kejiranan yang majoritinya didiami penduduk beragama Islam.

Sambil membakar beberapa buah Al-Quran, pemimpin kumpulan itu, Rasmus Paludan berkata — ia merupakan satu cubaan dari pihaknya untuk menghantar mesej politik.

Katanya, ramai orang di Denmark tidak tahu perkara sebenar tentang Islam — dan mereka perlu didedahkan dengan fakta bahawa apa yang dipraktikkan dalam Islam adalah sangat bertentangan dengan nilai-nilai barat Eropah.

Tindakan biadap kumpulan itu bagaimanapun mengundang kemarahan penduduk setempat.

Stram Kurs yang ditubuhkan pada 2017, sebelum ini telah berulang kali melakukan aksi sama di Denmark dan beberapa negara berhampiran.

Malah Paludan juga pernah dilarang daripada memasuki Sweden selama dua tahun, selepas dia mengumumkan penganjuran acara membakar Quran.

Acara itu bagaimanapun tetap diteruskan juga, dan ia mencetuskan tunjuk perasaan dan rusuhan yang teruk dalam kalangan penduduk Islam tempatan.

 

Baca: “Mak saya dah tua tak boleh lari” – Lepas Bakar Masjid & Quran, Perusuh Bakar Wanita Muslim 85 Tahun Hidup-hidup

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.