in

Artis Kesenian Denmark Diminta Pulangkan Dana RM360,000 Lepas Hantar Kanvas Kosong Sebagai Hasil Seni

Ft Kanvas Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang artis kesenian seni Denmark telah diarahkan untuk memulangkan wang geran yang telah diterimanya untuk menghasilkan sebuah karya seni. Menurut laporan Lad Bible, artis tersebut Jens Haaning, seorang artis konseptual mementingkan makna di sebalik karyanya berbanding produk atau hasil kerjanya.


Pun begitu, hasil karya terbaharunya dilihat sebagai ‘masalah’ apabila dia hanya menghantar 2 bingkai kanvas putih yang kosong dan difahamkan maksud disebalik karya itu adalah kuasa, ketidakadilan dan wang.

Haaning difahamkan telah menerima dana sebanyak USD76,256 (RM357,565) daripada pihak Muzium Seni Moden Kunsten di Aalborg pada tahun 2021 untuk menghasilkan sebuah karya berdasarkan topik yang diberikan.

Resize

Dia juga telah diberi dana tambahan sebanyak USD6,411 (RM30,061) dalam bentuk wang kertas untuk mencipta semula karya terdahulunya yang bertajuk ‘An Average Danish Annual Income’ dan ‘An Average Austrian Annual Income’ dalam satu pameran ‘Work It Out’ yang menggunakan wang kertas sebenar.

Artikel berkaitan : Emas & Permata Abad Ke-15 Hilang, Petugas Muzium British Dipecat Serta Merta

Artikel berkaitan : Perkenal Malaysia Melalui Lukisan, Datuk Lat Terima Gelaran Seniman Diraja Oleh Sultan Perak

Bagaimanapun, hasil karya Haaning itu mengejutkan pihak muzium apabila mereka hanya menerima karya kosong sehingga membuatkan mereka tertanya-tanya di manakah karya seninya? Lebih lucu lagi, Haaning menamakan karya tersebut sebagai ‘Take the Money and Run’.

“Semua orang kini bertanya ke mana wang itu pergi”

Resize 1

Menurut pengarah Muzium Lasse Andersson, beliau ketika itu berada di luar negara apabila karya seni itu dibuka dan dia menerima banyak e-mel mengenai hasil seni tersebut.

Pihak Muzium juga walau bagaimanapun mempamerkan juga karya seni itu walaupun ia hanyalah kanvas kosong, namun mereka memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang apabila artis tersebut enggan memulangkan wang.

Hanning dilaporkan telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar balik wang geran tersebut walaupun dia mempertahankan tindakannya dengan berkata dia sekurang-kurangnya perlu dibayar untuk ideanya.

Sumber : LadBible

Sumber: LadBible
Sumber: LadBible

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.