Siapa kat sini dah beli kereta SUV pertama Proton, X70? Kalau ya, maka artikel ini sangat sesuai dan berguna untuk yang dah memiliki kereta jenis tersebut.
Kalau korang nak tau, awal pagi tadi kecoh apabila gambar bahan api keluar dari tangki minyak sebuah Proton X70 tersebar..alamak macam mana ni?
Menurut Careta, apa yang lebih membuatkan isu itu semakin panas apabila Proton mengesahkan perkara tersebut berlaku dan pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas kes tersebut.
Ini hanya kes terpencil…
Korang bayangkan kalau kereta korang yang baru pakai tak sampai 2 bulan tiba-tiba ada masalah macam ni, tak ke naya? Bagi Proton memanglah kes terpencil, tapi bagi owner ini merupakan masalah serius dan tak boleh dipandang ringan.
Korang tau tak yang kebocoran tangki bahan api adalah salah satu kerosakan serius sebab kenderaan anda berpotensi untuk terbakar ketika dalam keadaan parkir atau bergerak..tak ke bahaya tu?
Korang baca komen netizen yang rata-rata berpendapat keadaan tersebut berbahaya terutamanya kepada pemilik kenderaan.
Benda problem xleh terima
Ini plastic poly grade tinggi bang!!
Namun dalam ramai-ramai tu ada juga yang bersetuju dengan kenyataan Proton bahawa ianya merupakan isu terpencil, lagipun tangki minyak X70 dari jenis plastik.
Namun jawapan daripada Careta terhadap kenyataan netizen tersebut cukup jelas menerangkan sebaliknya.
Korang nilaikan lah sendiri yer, tapi bagi admin kalau kenderaan tu baru keluar tahun ni korang tak payah lah beriya-iya nak beli tahun ni jugak, tunggu lah setahun dua tengok performance dia macam mana okay.
Baca : Proton Bakal Lancar SUV Pertama Akhir Tahun 2018. Ini Yang Anda Perlu Tahu