in

“Kritik jangan sampai hina” – Melampau! Individu Edit Nama Rina Harun Dekat Wikipedia

Ft Edit Nama Rina 1

Baru-baru ini, nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi tumpuan di media sosial susulan dengan isu yang membabitkan dirinya berkenaan dengan mencuci kesan najis unggas dan cicak di Sekolah Kebangsaan (SK) Salak Tinggi melalui Operasi Pasca Bencana Banjir.

Namun, tengah ‘rancak’ diperkatakan, ada individu dah meleret sehingga ia dijadikan satu bahan hinaan.

 

Rasanya kita kena tone down sikit

Ianya tular selepas ada pengguna akaun Twitter @zhantafa kongsikan satu rencana Wikipedia mengenai Rina Harun, individu itu membuat suntingan menggunakan kata-kata kesat dan kotor kepada namanya.

Edit Nama Rina Harun

Gesa individu yang dikenali sebagai Zhan, warganet sudah boleh mula ‘kurangkan’ bahkan ramai netizen lain juga turut mengingatkan agar jaga batasan dan sensitiviti nama seseorang.

Bagaimanapun, nama itu telah disunting kepada asal selepas16 jam (dalam tempoh artikel ini ditulis). Umumnya, rencana di Wikipedia ini boleh disunting oleh mana-mana individu.

Edit Nama Rina Harun 2

Dalam hal ini, ramai netizen yang mengutuk sekeras-kerasnya terhadap sikap individu dianggap keterlaluan dan tak ada sivik dalam meluahkan rasa marah ini, ada yang dah mula perasan sejak waktu orang mempersendakan fizikal beliau lagi.

 

Melampau – Netizen

Edit Nama Rina Harun 4 Edit Nama Rina Harun 5Png Edit Nama Rina Harun 6 Edit Nama Rina Harun 7

Edit Nama Rina Harun 3 1

Dalam masa 16 jam, perkongsian ini telah meraih lebih daripada 600 jumlah retweets, majoriti netizen semua setuju dengan kata-kata Zhan dan anggap cara sebegini sepatutnya tidak perlu dilakukan biarpun sedang marah dan geram dengan seseorang.

 

Baca : [VIDEO] DS Rina Harun Viral Di Twitter Gara-gara ‘Bersihkan’ Sekolah, JKM Beri Penjelasan

Rina Harun Sembur Waterjet Di Lantai Bersih

 

Sumber: Twitter
Sumber: Wikipedia