in

KREATIF! Petronas Lancar Iklan Sempena Merdeka Gunakan Dialek Dan Pemadam Bendera Setiap Negeri, Gamit Memori Weh!

Cc 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63 akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba sahaja hari Merdeka, syarikat-syarikat ternama akan melancarkan iklan Merdeka yang berseuaian dengan tema dan menunjukkan kreativiti yang tersendiri.


Syarikat Petronas sudah tidak asing lagi dalam menghasilkan iklan perayaan yang mampu meraih perhatian orang ramai. Untuk edisi Merdeka tahun ini, mereka membawa kelainan dengan mengetengahkan iklan dalam bentuk animasi.

Iklan yang diberi tajuk ‘Operasi Koperasi’ itu telah dilancarkan pada Isnin lalu. Iklan ini membariskan visual 14 pemadam getah yang mewakili setiap satu bendera negeri di Malaysia dan seekor kucing yang bernama Dora.

Dalam iklan ini, misi utama mereka adalah untuk menyelamatkan 3 pemadam lain yang telah lari menyelamatkan diri apabila diserang Dora. Pelbagai cara yang mereka gunakan dan pelbagai halangan yang mereka tempuhi sehingga dapat bertemu semula.

 

Berdialog dalam dialek 

Apa yang menariknya lagi, setiap pemadam getah tersebut juga berdialog menggunakan dialek negeri masing-masing. Memang lain dari yang lain lah kan?

C2 2 4 C3 1 3

 

Keseluruhan iklan tersebut juga telah berjaya menggambarkan situasi yang bertepatan dengan tema Merdeka pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’.

Netizen juga memberi respon baik terhadap iklan ini dan gembira dengan pendekatan yang diambil oleh pihak Petronas dalam mengetengahkan dialek dan pemadam getah sehinggakan ada segelintir netizen throwback zaman persekolahan mereka dahulu.

Cc4 Cc3 Cc1Cc5

 

Korang yang dah tengok pon mesti terimbau zaman persekolahan kan. Sanggup kumpul duit untuk beli pemadam getah ni buat koleksi. Ada ke yang masih simpan pemadam ni?

 

Baca: “Sebut nama 3 kali, dapat makan free” – Rezeki Anak Merdeka Bernama ‘Mohd Merdeka’

C6 1

Sumber: YouTube
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.