in

‘Sebut nama 3 kali, dapat makan free’ – Rezeki Anak Merdeka Bernama ‘Mohd Merdeka’

Gambar Hiasan 2 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dahulu beliau berasa malu dengan namanya dan sering diejek kawan-kawan sekolah, namun berbeza pula tahun ini kerana sebuah kedai kopi di Kampung Simpang Tiga, Penaga memberikan satu keistimewaan khas kepada beliau.

Menurut Bernama, Mohd Merdeka Ismail yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957, seorang nelayan di Penaga ini diberi kelebihan iaitu, hanya perlu menyebut namanya sebanyak tiga kali jika mahu makan secara percuma di sebuah kedai kopi.

“Mula-mula saya ingat pemilik kedai kopi itu hanya bergurau…tetapi selepas saya menyebut Merdeka…Merdeka…Merdeka…pemilik kedai itu pun minta saya order apa sahaja, beliau akan belanja,” 

434107

Mohd Merdeka turut berkata itu bukan satu-satunya perkara istimewa yang pernah berlaku pada dirinya. Disebabkan ‘tuah’ namanya itu, beliau berpeluang menjejakkan kaki ke Istana Negara, Kuala Lumpur apabila dijemput Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin, pada 2007 melalui Himpunan Anak-Anak Merdeka di seluruh negara.

Tambah Mohd Merdeka lagi, nama yang diberikan oleh bidan kampung yang menyambut kelahirannya pada 7 pagi di Tasek Gelugor, telah menyebabkan beliau kerap mendapat habuan istimewa.

“Nama ini telah mengingatkan saya dan semua rakyat bahawa negara telah bebas dari jajahan dan kita harus mengekalkan keharmonian negara dan semangat cintakan negara” 

Beliau berkata anaknya, Izzatul Nabila, 24, pada mula juga berasa malu dengan nama ayahnya, yang dianggap pelik oleh kawan-kawan sekolah dan sering dijadikan topik gurauan.

Namun setelah sekian lama, Mohd Merdeka berkata, anaknya kini lebih berasa bangga dengan nama itu daripada malu, kerana ayahnya memiliki nama yang serupa dengan hari kemerdekaan negara.

 

Baca: WOW! Lelaki Ini Sanggup Berhabis Lebih RM12 Ribu Untuk Hias Rumah Sempena Merdeka

A 1 12

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.