in

Kreatif dan Inovatif, PETRONAS Perkenal Khidmat Isi Minyak Bergerak Pertama Malaysia

Petronas 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda memandu dan tersangkut di mana-mana tempat akibat kehabisan minyak?


Bukan situasi asing kan? Lebih-lebih lagi di kawasan yang agak terpencil atau dalam kesesakan lalu lintas.

ROVR, perkhidmatan isian minyak bergerak

Berita baik untuk rakyat Malaysia!

PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Petronas Dagangan Bhd (PDB) akan menawarkan perkhidmatan isian minyak bergerak yang pertama di Malaysia menerusi ROVR.

Menurut laporan berita, khidmat ROVR telah dijalankan ujian percubaan sebagai penyelesaian kepada pelanggan komersial (B2B) sejak Oktober 2018.

Rovr 02
sumber: petronas rovr

Katanya, lebih sejuta pelanggan dah dapat manfaat daripada perkhidmatan ini. Wow, not bad!

Sesuai pengguna kenderaan komersial dan harian

Menerusi kenyataan dikeluarkan PETRONAS, perkhidmatan ROVR membolehkan pengguna B2B dan harian mengisi bahan api dengan lancar dan selamat apabila mereka berada jauh dari premis stesen minyak biasa.

Rovr B2C 3000 Liter Front Side View 1560500234
sumber: petronas rovr

Jentera ROVR terdiri daripada sebuah trak berkapasiti 4,000 liter dan 3 trak 11,000 liter untuk pelanggan B2B telah disediakan.

Sementara untuk pengguna harian trak 3,000 liter masih dalam peringkat ujian.

Jadi harapnya tak adalah lagi masalah untuk kenderaan mengisi minyak di kawasan terpencil atau semasa tersangkut traffic jam.

Kereta Petronas1
sumber: fmt

Bagaimana caranya untuk dapatkan perkhidmatan ROVR?

Menerusi laman web Petronas ROVR, khidmat isian minyak bergerak ini ditawarkan kepada pemandu harian seperti kita yang membawa kereta dan motor serta pemandu komersial seperti lori dan sebagainya.

Untuk pemandu harian, PETRONAS akan menempatkan ROVR di lokasi-lokasi hotspot.

Petronas 2
sumber: petronas rovr

Sementara bagi operator kenderaan komersial pula, mereka hanya perlu menghubungi pihak ROVR dan tunggu perkhidmatan ini tiba.

Petronas 1
sumber: petronas rovr

Mudah saja, kan? Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Petronas ROVR.

PETRONAS menjangkakan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke lebih banyak kawasan tak lama lagi.

Baca: “Adoilah Petronas, pandai troll orang” – Hampir 20 Kereta Tersadai Lepas Isi Minyak Petrol Yang Tercampur Air

Petrol Buat Hal

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.