Pengasas program eHATI bersama suaminya yang kini dikehendaki polis dilaporkan berada di sebuah negara dalam rantau Asia Tenggara selepas melarikan diri sebelum pertuduhan mahkamah dapat dikenakan ke atas mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri sehari sebelum pertuduhan dilaksanakan.
Artikel berkaitan: “Memang ada kegiatan b*gel” – Polis Sahkan Ada Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Program eHati
Artikel berkaitan: Pengasas eHati Dilaporkan Ditahan Polis Selepas Beri Keterangan
“Masih lagi tidak ada tangkapan dibuat kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) percayai mereka sudah melarikan diri ke luar negara sebelum pertuduhan dijalankan.
Hasil semakan awal PDRM, (suspek ke luar negara) melalui laluan sah kerana mereka bergerak lebih awal sebelum waran dikeluarkan.
Polis percaya pada 13 Oktober (mereka melarikan diri ke luar negara) yang mana pertuduhan dilaksanakan pada 14 Oktober.
(Suspek yang melarikan diri) Ya, dua penama yang dikeluarkan waran tangkap itu,” katanya.
Mengulas lanjut katanya, pihak polis sudah mengenalpasti ke negara mana kedua-dua suspek melarikan diri namun tidak mendedahkannya.
“Sekarang, PDRM akan berhubung dengan rakan strategik negara terbabit untuk membantu mengesan penama yang dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka.
Biarlah rahsia (negara mana) ..beri peluang kepada PDRM untuk melaksanakan tugasan dan siasatan, dikhuatiri sekiranya diberitahu maka akan lebih menyukarkan proses pencarian.
Di kawasan Asia Tenggara,” katanya.
Sebelum ini, polis mendedahkan seramai 95 individu telah dipanggil keterangan berhubung penganjuran motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini, pada September tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
