in

Kotak TV Samsung Kini Mesra Alam, Boleh Kitar Semula Jadi Rumah Kucing!

Cats 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencemaran alam berpunca daripada banyak faktor, salah satunya adalah sikap manusia yang tidak mengamalkan konsep kitar semula. Kebiasaannya, selepas membeli sesuatu barangan, kita akan buang kotak atau plastik balutan ke dalam tong sampah.


Melihatkan isu ini, syarikat elektronik ternama Korea Selatan, Samsung tampil dengan rekaan terbaru kotak televisyen yang mesra alam dan mesra pengguna.

2 18

Dengan rekaan baru ini, pembeli boleh mengitar semula kotak televisyen dengan mengubahnya menjadi perabot seperti rumah kucing, rak buku dan meja kecil. Menarik dan unik!

1 21

4 8

Untuk memudahkan pelanggan, kotak televisyen tersebut akan dicetak dengan garisan putus-putus untuk memudahkan proses pemotongan.

Malah, setiap kotak juga akan disertakan dengan arahan manual berkenaan cara untuk membina perabot DIY. Pengguna hanya perlu imbas kod QR pada kotak untuk mengakses arahan manual yang telah diberikan.

3 18

5 3

Menurut sumber, Samsung juga telah bekerjasama dengan Dezeen, sebuah majalah gaya hidup, dan akan memberi hadiah lumayan kepada pelanggan yang kreatif dalam mereka perabot menggunakan kotak mesra alam itu.

Lebih mengujakan, pemenang berpeluang memenangi hadiah sejumlah $20,000 dan rekaan yang dipilih akan diletakkan dalam arahan manual pelanggan untuk tatapan pengguna lain.

Idea ini dilihat sebagai sesuatu yang menarik dan merupakan satu langkah bijak untuk memelihara alam sekitar. Syabas Samsung!

 

Sumber: Business Insider

 

BACASuka Hati Buang Kotak Piza Tepi Jalan, Dua Remaja Terpaksa Patah Balik Sejauh 80km Untuk Kutip Sampah

X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.