in

Kos Ubahsuai Bangunan Parlimen Cecah RM600 Juta, Dua Hari Selepas Dibuka Semula Tandas Banjir?

Z 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lima tahun proses pengubahsuaian yang memakan kos RM600 juta, bangunan Parlimen akhirnya dibuka semula.


Bangunan itu menjadi tempat di mana mesyuarat penggal kelima Parlimen ke-13 diadakan iaitu pada hari Isnin, 6 Mac.

A 6
sumber: dewan budaya

Malah, Yang di-Pertuan Agong Ke-15 telah dijemput untuk merasmikan pembukaan bangunan Parlimen itu!

Aa 1
sumber: the malay mail online

Namun, hanya dua hari selepas dibuka semula, tandas yang disediakan untuk staf, wartawan serta pelawat dilaporkan banjir.

Menurut China Press, air bertakung di dalam tandas tersebut hingga mencecah paras buku lali. Ewwww!

T1
sumber: china press

Situasi memalukan ini terjadi di kedua-dua tandas lelaki dan perempuan. Disebabkan air semakin menaik, tandas berkenaan kemudian terpaksa ditutup pada waktu petang untuk tidak memburukkan lagi keadaan.

T2
sumber: china press

Bagaimanapun, tandas yang tersumbat itu bukanlah satu-satunya masalah yang berlaku. Skrin di bangunan Parlimen yang memaparkan siaran langsung mesyuarat turut dilaporkan tidak mengeluarkan suara.

Source

Bermakna, kesemua wartawan hanya dapat melihat Ahli Parlimen bercakap namun sama sekali tidak tahu apa yang dihujahkan. Skrin itu sebenarnya mengeluarkan suara supaya pemberita dan wartawan dapat mencatat mesej-mesej penting dari mesyuarat.

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata bangunan Parlimen yang baru diubah suai itu menggabungkan teknologi hijau seperti memasang panel solar, menggunakan bahan-bahan kitar semula serta memasang pusat kawalan menyeluruh bagi kecekapan tenaga yang lebih baik. Tapi…apa kena mengena dengan tandas banjir?

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membuat pemeriksaan berkata:

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kerja-kerja pengubahsuaian dan persiapan yang dilakukan.”

Untuk pengetahuan anda, menurut Fadillah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, kos keseluruhan mengubahsuai bangunan Parlimen itu pada asalnya dianggarkan berjumlah RM520 juta, namun tidak lama selepas itu, kos meningkat kepada RM600 juta kerana satu lagi ruang ditambah di bangunan itu. Perghhh kos tambah satu ruang sampai RM80 juta…

Pengubahsuaian bangunan itu dimulakan secara menyeluruh selepas beberapa kes kebocoran bumbung dan masalah pendawaian elektrik dilaporkan berlaku pada tahun 2007.

Walaupun tandas tidak berfungsi dengan baik, sekurang-kurangnya bumbung dah tak bocor kan. Ke sama jugak?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.