in

Korang Takkan Caya Kalau Kami Kata Gadis Cun Pakai Tudung Ni Pelumba Motosikal!

f2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan pandang sebelah mata tau you alls kalau tengok gadis hijabista yang comel lote konon jenis tak biasa nak buat aktiviti extreme. Haa sebenarnya dorang ni lagi dahsyat daripada lelaki dan boleh pulak tu join sukan permotoran yang memang jaranglah orang perempuan masuk.

Gadis yang kita orang nak kenalkan ni sebenarnya bernama Nasha Edziera Muhammad Bahauddin (fuh sedap nama!) yang nampak sweet di luar tapi sangat wow di dalam! Ada banyak pengalaman dalam bidang permotoran, Nasha ni kalau korang nak tau seorang racer Cub Prix wanita dan dah femes pun sekarang sampai Suria FM jemput dia datang konti. Fuiyoh!


Nah korang layanlah gambar cute Nasha ni.

nasha 1
Sumber: Instagram
nasha 2
Sumber: Instagram
nasha 6
Sumber: Instagram
nasha 7
Sumber: Instagram
nachaa
Sumber: Instagram

Kalau korang nak tahu, Nasha ni berasal dari Seremban dan baruuu je berusia 23 tahun tau. Impian dia nak ceburi sukan permotoran ni dah lama dan sebagai anak sulung dalam family, dia try hard untuk kejar impian sebagai pelumba profesional dan pernah jugak ada impian untuk create pasukan sendiri yang libatkan pelumba wanita je. Fuh impian dia! 

Tapi ramai jugak yang tertanya-tanya, apasal Nasha ni minat sangat dengan sukan race camni? Kata dia, sukan macam ni boleh uji fizikal dan mental seseorang tu. Tak cukup dengan tu, kalau korang rasa korang pro sangat bawak motor, korang kenalah ceburi sukan macam ni yang boleh test tahap kemahiran korang tunggang motosikal dengan speed yang tinggi.

nasha 3
Sumber: Instagram
nasha 4
Sumber: Instagram
nasha 5
Sumber: Instagram

Antara idola Nasha dalam bidang ni ialah Ana Carrasco, pelumba Sepanyol yang memang powerlah dalam race dunia. Kejayaan racer macam ni selalu bagi inspirasi kat Nasha.

So ada antara gegadis yang minat nak join sukan extreme ni tak? Jangan segan-segan tau! Tak semestinya lelaki je boleh join, perempuan pun boleh. Girl power bebeh! 

Baca: Gadis Cantik Tolak Tawaran Jadi Model Kerana Minat Mendalam Terhadap Bola Sepak

bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.