in

“Korang nak tunggu Lockdown ke!” – [Video] Doktor ‘Sekolahkan’ Netizen Johor Yang Degil Ingkar Arahan PKP

Untitled Design 4 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam menangani wabak Covid-19 ini semua frontliners berhempas pulas tanpa sedikit keluhan dari mulut mereka.

Dalam usaha mereka merawat, masih lagi ada segelintir rakyat yang tak memberi kerjasama mereka degil ingkar arahan PKP.


Jika perkara ini berterusan, bagaimana nak meredakan situasi yang kita hadapi sekarang?

Viral satu video seorang doktor dari klinik biasa ‘sekolahkan’ netizen Johor Bahru, apabila tahu mereka di sana ramai yang ambil ringan dan tidak patuh arahan PKP.

Video ini telah dimuat naik di Facebook oleh Daeng Tzeno yang meraih sebanyak 250K penonton.

https://www.facebook.com/100013122577378/videos/890572468056831

Doktor ini dikatakan menerima satu aduan daripada seorang pesakitnya, segelintir rakyat disana masih lagi berkeliaran seperti biasa.

Doktor tersebut menjelaskan Johor Bahru dalam kawasan Red Zone

Difahamkan, doktor tersebut berasa kecewa apabila seorang pesakitnya memberitahu dia telah membawa anaknya ke pasaraya di Taman Bukit Mutiara dan dijelaskan kawasan itu seperti tiada PKP.

Dia juga menerima complain, pasaraya besar di Taman Daya, JB tidak melakukan ‘social distancing’.

L1 1

Bagi doktor ini, netizen di kawasan Johor Bahru sengaja mencari nahas kerana mereka tidak patuh arahan PKP dan anggap ini perkara remeh-temeh.

Dia juga berharap agar netizen wujudkan perasaan ‘Cintakan Malaysia’ dan bekerjasama dalam menangani wabak ini.

Rata-rata netizen sokong apa yang disampaikan oleh doktor ini kerana bagi mereka ia tak boleh dipandang ringan

Betul sangat kata doktor ni

L2

Bagus Doc, tangkap orang yang tak reti bahasa tu

L3

 

Walaubagaimanapun, ada netizen menyatakan doktor ini menyampaikan informasi tanpa selidik dahulu.

Hanya mengambi info daripada pesakit-pesakitnya sahaja.

Tak semua kau cakap tu betul

L4

Min harap kita semua patuh arahan PKP dan sama-sama kita doakan Malaysia akan pulih.

 

Baca: “Tolong lah bang” – [Video] Remaja Merayu Dekat Polis Minta Masuk Lokap Sebab Bosan Duduk Rumah?

Capture 20200417 141427 Crop

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.