in

“Korang ingat lelaki nak ke jadikan perempuan rosak sebagai isteri?” – Kaum Hawa Jangan ‘Murah’ Sangat

Dosalah Zina

Sedihnya realiti zaman sekarang, zina dah berleluasa dalam kalangan remaja dekat Malaysia ni.Seolah-olah aktiviti terkutuk tu bukan sesuatu yang salah dan mana-mana remaja yang tak buat benda tu mungkin dianggap ‘kuno’ atau tak open minded.

Satu post dekat Facebook ni mungkin dapat buka mata semua remaja di luar sana yang tak ambil berat tentang dosa berzina ni.

Sekadar ingatan kepada kaum perempuan, bukan semua tapi ramai yang jadi bodoh kerana cinta, lelaki pandai menggoda tapi bila dapat pasti akan ditinggalkan. Korang ingat lelaki nak ke jadikan perempuan yang rosak sebagai isterinya ,tepuk dada tanya selera..”

Zina 3
gambar hiasan

Korang jangan ingat admin nak melucah atau menggalakkan aktiviti zina ke apa. Admin cuma nak bagi kesedaran dan keinsafan dalam diri atau untuk muhasabah diri…

Betul la post tu cakap, perempuan kalau dah sayang memang mudah serahkan segalanya. Lelaki pula (tak semua) tend to ambil kesempatan dan mempergunakan kaum Hawa yang lemah ni.

Sekali dah bagi, selepas ni nak lagi, tak puas sekali, kalau boleh nak hari-hari !! Kalau dia buat macam ni, kau ingat laki tu sayang kau? Sekali kau dah serahkan segalanya, kau hanyalah tempat pemuas nafsunya!!”

sumber: facebook

Ramai kata, perempuan yang dah tak ada dara ni tak layak dijadikan isteri, dipandang hina dan jijik. Walhal, bukan ke lelaki yang berzina dengan dia tu pun sepatutnya disalahkan?

Lepas tu, mula lah pulak isu mereka yang dah tak ada dara ni tak diperisterikan.

Kau ingat dia nak ajak kau kahwin ke? Dah dapat benda free, buat apa nak labur RM20,000 untuk wang hantaran.. Benda dah dapat rasa dengan percuma, kalau bayar RM20,000 pun tetap rasa benda yang sama.”

Zina 1
gambar hiasan

Bahasa yang digunakan dalam post tu mungkin agak kasar bagi sesetengah orang tapi cuba faham dan hadam apa yang disampaikan.

Dalam erti kata lain, jangan terlalu mudah ‘memberi’ dan beringat untuk jaga maruah diri serta keluarga. Cinta tak dibuktikan dengan memberi dara atau bersetubuh. Percayalah cakap admin, kalau dah kahwin nanti, bukan seks segala-galanya. Banyak lagi cara untuk kita tunjuk rasa cinta. That’s why post tu ada ingatkan kaum Hawa untuk jaga maruah dan tingkah laku kalau taknak menyesal di kemudian hari.

Ingatlah wahai wanita, jaga auratmu, jaga tingkah lakumu, jaga akhlakmu, jaga ibadatmu, jaga lidahmu, jaga perbuatanmu, jaga ibu bapamu, jaga keluargamu!! Jangan terlalu mudah memberi, takut kelak memakan diri!!

Jangan butthurt atau triggered dengan article ni pulak. Niat admin cuma nak beri nasihat dan peringatan. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya…

Baca: “Saya lakukan perbuatan itu sehinggalah saya berumur 16, berapa kali berzina sudah tidak terkira…”

58F4212B1B50A5Ef39C93442085917