in

Konon Sakit Nak Bersalin, Wanita Ni Tertipu Dengan Scam Area KLCC

scam klcc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni kita selalu mendengar banyak scam tipu duit yang berlaku secara online.

Tapi jangan pula kita lupa aktiviti penipuan ni juga boleh berlaku di mana-mana saja, pada bila-bila masa.


 

Dirompak di parking KLCC, sakit nak bersalin

Menerusi Facebook, Lee Wen Lin berkongsi kisahnya ditipu oleh seorang wanita semasa berada di kawasan KLCC, baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 19 Oktober itu, seorang wanita berbangsa India memberitahu Wen Lin dia telah dirompak di kawasan parking KLCC dan perutnya sedang sakit dipercayai nak bersalin.

Wen Lin pun pinjamkan telefon untuk ‘mangsa’ menghubungi talian kecemasan 999 dan menelefon suaminya.

scam klcc 1
Sumber: Facebook

 

Sekuriti KLCC pun tak nak tolong

‘Mangsa’ memberitahu 999 meminta dia ke hospital sendiri dengan kereta dan sambil menangis katanya tak ada siapa nak tolong, termasuk sekuriti KLCC.

Kesian pula kan kalau tak tolong?

Jadi, Wen Lin gunakan aplikasi Grab untuk membawanya ke sebuah hospital dan ‘mangsa’ minta untuk dihantar ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebab akan bersalin kat sana.

Kalau pergi hospital lain, nanti diorang tak nak tolong. Eh, ye ke?

scam klcc 2
Sumber: Facebook

 

Hulur duit RM120 untuk ke Subang Jaya

‘Mangsa’ minta untuk panggil GrabTaxi supaya dia boleh bayar dengan wang tunai dan kalau bersalin, tak kotorlah seat leather kononnya!

Sebab kesiankan ‘mangsa’, Wen Lin hulurkan duit sebanyak RM120 sebab bukan murah kos nak berjalan ke Subang Jaya dari KLCC kan. Lagi pula ‘mangsa’ wanita mengandung, kena rompak pula tu.

scam klcc 3
Sumber: Facebook

 

Tambang teksi hanya RM1

5 minit lepas teksi bergerak, tengok-tengok trip dah berhenti.

Berapa tambang teksi tertulis dalam apps? RM1!!

Bila check balik call log dalam telefon, baru sedar yang sebenarnya ‘mangsa’ tak call pun 999!

taxi klcc 3
Sumber: Kuala Lumpur

Hati-hatilah korang kalau ada terjumpa dengan orang macam ni. Sekarang, orang tak menyamun atau menipu dengan guna senjata dah.

Sampai hati ada juga orang sanggup menipu dalam kita berbuat baik untuk ringankan kesusahan orang lain.

Sebab dah selalu sangat jadi kes penipuan macam nilah, orang ramai takut nak menolong lagi.

 

Baca: “Muda-muda dah makan duit haram” – Gadis 23 Tahun Tak Serik Scam Tiket Flight Palsu Lebih RM20 Juta

scammer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.