in

Kongsi Video Kaunter KK Tiada Staf Ketika ‘Lunch Break’, Staf Persoal Motif Nadzmi Adhwa

nadzmi adhwa kaunter kk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu hantaran yang dimuat naik pelakon Nadzmi Adhwa di laman Threads mengundang perhatian ramai berhubung kenyataannya ketika mengunjungi sebuah Klinik Kesihatan (KK) di Selangor, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang telah dipadam namun sempat dimuat naik pengguna lain, dia menulis ‘kaunter ada lima semua tutup. Oh tengah lunch rupanya’ dengan turut berkongsi video suasana di kaunter KK berkenaan.


Screenshot 2025 11 05 171301

Video yang dikongsikan itu memaparkan setiap kaunter di sana lengang tanpa dijaga kakitangan klinik.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: “Macam mana negara nak maju” – Kaunter Kerajaan Dibuka, Tapi Tiada Orang Jaga

Artikel berkaitan: “Lagi 6 kaunter elok sewa buat jual tudung” – Lelaki Naik Hantu Lepas Tunggu 4 Jam Kat Pejabat Kerajaan, Disuruh Pulang Sebab Kurang Pekerja

Staf tegur motif video

Bagaimanapun, hantaran terbabit mengundang reaksi kurang senang orang ramai tentang motif sebenar menyebarkan perkara itu yang diketahui perkhidmatan kerajaan mempunyai waktu rehat.

Tindakan Nadzmi juga turut dipersoal beberapa kakitangan di sana yang tampil menuntut penjelasan daripada aktor terbabit.

Seorang pegawai perubatan meluahkan kekecewaan dengan hantaran Nadzmi dan menjelaskan pihak mereka tidak pernah menolak sebarang kes kecemasan tidak kira waktu.

Screenshot 2025 11 05 170823 573055820 17869426959466894 3145 Screenshot 2025 11 05 170907 Screenshot 2025 11 05 170934

Dalam pada itu, netizen turut menasihati pelakon terbabit supaya bertimbang rasa dengan para petugas yang mahu berehat sebentar selepas melaksanakan tanggungjawab tanpa henti.

Setakat artikel ini ditulis, tiada penjelasan lanjut dimuat naik oleh pelakon terbabit.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.