in

Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad, Chef Ini Raih Pujian Satu Dunia Bantu Warga Gaza Untuk ‘Survive’

chef bantu warga gaza resipi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media melaporkan sejak beberapa bulan ini warga Gaza sedang berhadapan dengan krisis bekalan makanan yang kritikal.

Stok bekalan yang terhad membuatkan mereka kekurangan zat makanan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan golongan rentan.


Namun, inisiatif yang dilakukan oleh seorang chef dari Jordan ini sedikit sebanyak memberi harapan baharu buat penduduk yang tidak bersalah.

Artikel berkaitan: “Maafkan kami” – Warga Mesir Hanyutkan Botol Berisi Makanan Ke Laut Untuk Penduduk Gaza

Artikel berkaitan: “Kita dah jadi orang terkaya” – [VIDEO] Pelarian Gaza Terharu, Terima Kotak Bantuan Dari Malaysia

Baru-baru ini, Chef Yasmin Nasir menjadi bualan netizen seluruh dunia selepas beberapa videonya mengajar pelbagai resipi dengan bahan mentah terhad dan mudah didapati tular di media sosial.

Solidariti beliau ditunjukkan menerusi video resipinya sebagai bentuk sokongan kepada warga Gaza serta membantu mereka memanfaatkan sumber yang sangat terhad secara praktikal.

Menerusi kandungan yang dimuat naik di TikTok Yasmin Nasir, dapat dilihat ramai warga Gaza berterima kasih kerana berpeluang menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat walaupun dengan bahan yang ringkas.

GzNyOg4WkAIaSSZ

Salah satu videonya mengajar cara membuat ayam berasaskan tepung telah menjadi rujukan orang ramai terutama buat penduduk Gaza.

@yasmin.nasir

دجاج القمح، نباتي و مصنوع بس من الطحين، و مليان بروتينات! Seitan Chicken, is washed flour vegan meat substitute, filled with Plant Based Proteins. المكونات لكل 1 كوب طحين 1/2 كوب ماء 1/2 ملعقة صغيرة ملح بهارات حسب الرغبة (أنا استخدمت بودرة مرق، بودرة بصل و ثوم، بابريكا، ملح و فلفل) ماء لغسل العجين Ingredients For every 1 cup Flour 1/2 cup Water 1/2 tsp Salt Spices (I used chicken stock powder, onion & garlic powder, paprika, salt & pepper) Water to wash the dough طريقة التحضير: 1) اعجن الطحين مع الماء والملح حتى تتكون عجينة متماسكة. كلما زادت مدة العجن، زادت نسبة تطوير الجلوتين. 2) اترك العجينة ترتاح في ماء وملح لمدة ساعة. 3) اغسل العجينة بالماء ٤ إلى ٥ مرات حتى يصبح الماء صافيًا ويتبقى لديك كرة من الجلوتين فقط. بالنسبة لماء النشا، انقله إلى وعاء كبير واتركه حتى يترسب النشا في القاع، ثم جففه واستخدمه في وصفات أخرى. 4) تبل الجلوتين واتركه يرتاح لمدة ساعة، ثم قطعه إلى شرائح، وجدله واربطه عدة مرات. 5) اقلي السيتان قليًا خفيفًا من الجهتين، ثم لُفه في قطعة قماش نظيفة أو شاش، واغليه على نار هادئة جدًا مع التوابل لمدة ساعة. 6) بعد أن يبرد، يمكن تفتيته تمامًا مثل الدجاج. يمكنك تناوله كما هو، أو قليه، أو شويه، أو استخدامه في أي طبق. Preparation Menthod – Knead flour, water & salt into a dough. The more you knead, the more gluten is developed – Rest your dough in water and salt for 1 hour – Wash your dough in water 4 to 5 times till the water runs clear and a ball of gluten remains. – As for the starch water, transfer the starch water to a big bowl and set aside till the starch sinks to the bottom, then dry the starch and use it in other recipes. – Season your gluten and rest for 1 hour, then cut into strips, braid and knot multiple times – Shallow fry the seitan on both sides, then wrap in a cheesecloth or clean fabric, then simmer in boiling water and spices for 1 hour on super low heat. – Once cool, it shreds just like chicken. You can eat as is, or fry, grill, or incorporate in any dish #seitan #chicken #vegan #yallayasmin #yallanotbokh #yasminnasir #دجاج #نباتي يلا_ياسمين يلا_نطبخ #ياسمين_ناصر

♬ original sound – yasmin.nasir

Menurut sumber, Yasmin Nasir sememangnya sudah berpengalaman dalam dunia kulinari kerana mempunyai kelayakan dari Le Cordon Bleu London iaitu salah satu institut pendidikan kulinari dan hospitaliti terkemuka di dunia.

Selain dikagumi atas usahanya, netizen turut memuji inilah cara sepatutnya seorang personaliti media sosial menggunakan platform mereka.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.