“Konfiden laung kuat kuat..” – Panjat Pagar Nak ‘Fly’ Asrama 12 Tengah Malam, Tapi Boleh Pula Terjumpa Cikgu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa dulu masa sekolah atau sekarang ni duduk di asrama? Mesti korang ada pengalaman lucu dengan kawan-kawan? Admin dulu pernah ponteng terawih sebab nak main mercun dengan kawan, lepas tu terkantoi pula sebab mercun yang admin baling jatuh dekat depan surau Aspura haha!

Macam lelaki ni dengan kawan-kawan dia lain pula. Lelaki bernama Asri Malik ni ada kongsi pengalaman kelakar antara dia dengan geng dia masa duduk asrama dulu-dulu. Siapa yang duduk asrama mesti familiar dengan perkataan ‘fly’ kan?

Gambar hiasan

Bagi yang tak tahu tu, ‘fly’ ni kita guna bila nak menggambarkan perbuatan keluar asrama pada waktu yang tak dibenarkan. Contohnya, pada waktu malam lah kan sebab pagar dah tutup.

Okay so menurut Asri, dia dengan kawan-kawan dia pernah panjat asrama pukul 12 tengah malam sebab nak keluar makan nasi lemak tapi bila dah sampai…

Gambar hiasan

 

Nampak cikgu lalu

Waktu tengah makan nasi lemak tu, salah seorang kawan dia nampak cikgu sekolah dorang lalu naik motor. Nak tahu apa dia buat? Dia selamba je tegur cikgu tu, padahal tengah ‘fly’ tu hahaha! Siap ajak makan sekali weh!

Cikgu!!! Mai la makan nasi lemak!!!”

 

“Lepas 0.5 saat baru dia sedar dia buat kerja bangang”

Sumber: Twitter

 

Cikgu tegur macam biasa je

Sumber: Twitter

Ingatkan cikgu nak marah tapi dia tegur macam biasa je dan terus balik. Asri dengan kawan-kawan lain semua dah gelabah sebab takut kena denda. Tapi kawan dia yang tegur cikgu tu rileks je, confident cikgu tu tak report.

Laa cikgu Zali kan cikgu Sejarah, dia mana campoq urusan asrama, hangpa rilek laa.”

Sumber: Twitter

 

Kena rotan lepas tu kena panggil dengan warden

Hangpa suka makan nasi lemak malam malam kan?

Terkejut dorang tiba-tiba warden bagi nasi lemak. Sorang dapat dua bungkus pula tu. Tapi…

Sumber: Twitter

 

“Pegang nasi lemak tu ataih kepala lepaih tu mai ikut cikgu”

Gambar hiasan

Dah tau bersalah kan, so dorang pun ikut jela arahan cikgu tu junjung nasi lemak berjalan menuju ke dewan makan. Tapi rupa-rupanya, cikgu dia bawa melencong ke depan Aspuri (asrama perempuan).

Sumber: Twitter

 

Semua dekat Aspuri bersidai dekat tingkap gelakkan

Depa 4 orang ni suka makan nasi lemak.”

Sumber: Twitter

 

Alahai berdekah lah! Semua orang mesti akan ada kawan macam ni kan? Haha!

Baca: “Menyirap kalau kena kat aku” – Netizen Puji Lelaki Ni Masih Steady, Lepas Member Terpotong Baju Baru Dalam Parcel

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!