“Komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan” – Menteri Pendidikan Arah KPM Siasat Dalang Yang Sebarkan Komik

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru-baru ni telah tular beberapa gambar yang didakwa merupakan komik propaganda politik. Komik itu diberi tajuk “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama” yang kian giat diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini. sebelum ini.

Sumber: Twitter

Namun pihak Kementerian Pendidikan bertindak pantas dengan menafikan penglibatan mereka terhadap penerbitan dan penyebaran komik ini.

Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa pihaknya tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah-sekolah di bawah KPM.

Sebagai Menteri Pendidikan, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah…

Posted by Dr Maszlee Malik on Tuesday, October 22, 2019

Semua sekolah yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak disebarluaskan. KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan.

Beliau mengarahkan KPM menyiasat individu yang terlibat.

Saya juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik ini diedarkan di sekolah. KPM akan memastikan siapa sahaja jika terbukti benar dakwaan ini akan diberi tindakan tegas.

Tambahnya lagi beliau turut menggesa untuk semua pihak menghormati keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan mematuhinya.

Saya ingin menasihatkan mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.

Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara. Kedua perkara inilah yang membina negara kita.

Tindakan merendah-rendahkan parti komponen lain seperti yang dilakukan oleh Saudara Ronnie Liu ialah tindakan yang biadab dan sangat tidak berasas.

Tambahnya lagi, budaya politik seperti ini hanya akan membawa kepada perpecahan dan tidak membantu dalam reformasi yang dijalankan.

Budaya politik murahan begini hanya akan merosakkan keadaan. Ia membawa lebih banyak perpecahan malah membantutkan agenda reformasi yang sedang kita laksanakan.

Menurut Awani, pihak polis telah memanggil tiga individu untuk memberi keterangan berkaitan perkara ini.

Tiga individu termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda.

Hmm apa ni, sampai komik pun nak di politikkannya.

 

Baca: “Dia perempuanlah” – Syed Saddiq Sangkal Ada Setiausaha ‘Pondan’ Semua Hanya Khabar Angin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Hey whatsapp gais. Layan anime tak?